@gardenherbshop: Pokok senduduk bulu tergolong dalam famili yang sama dengan mana-mana pokok senduduk yang lain iaitu melastomataceae. Fizikal nya juga hampir menyamai dengan yang lain kecuali ia mempunyai bulu yang jelas kelihatan. Kegunaanya dalam rawatan tradisional termasuklah untuk melegakan pening kepala, penjagan kesihatan dalaman, mengawal tekanan darah tinggi dan juga mengawal aras glukosa darah. Tidak susah untuk temui senduduk bulu kerana ia tumbuh meliar di kawasan padang dan tanah rendah. Nama Saintifik Clidemia hirta Nama Lain Senduduk bulu (Pahang), keduduk melata (Kedah), keduduk cerang (Perak), senduduk hutan (Kelantan). Penemuan Dan Kajian Saintifik/Akademik. Berdasarkan kajian yang dijalankan, senduduk bulu turut sama menghasilkan tannin seperti mana senduduk yang lain. Ia menjadi penyumbang kepada rasa masam. Keluarga ini juga mempunyai aktiviti antibakteria. Ia menunjukkan kesan baik ke atas bakteria di mana banyak kumpulan bakteria dapat dimatikan dengan menggunakan ekstrak senduduk ini. Dalam kajian in vitro ke atas senduduk bulu, kandungan flavonoid dan saponin juga dapat ditemui. Ingredien Aktif. Ingredien aktif wujud seperti alkaloid, flavanoids, saponin, tannin. Farmakologi Tradisional Pokok Senduduk Bulu. Dalam rawatan tradisional menggunakan pokok senduduk bulu untuk mengubat penyakit sawan. Selain itu, ia juga sering digunakan untuk mengubat luka. Ia agak pahit. Jesteru, ia kerap digunakan untuk menghentikan cirit-birit, pendarahan, dan penyembuhan luka jangkitan termasuklah selepas bersalin. Rebusan akar dari tumbuhan ini telah digunakan untuk mewarat demam disebabkan keracunan, kerengsaan. Kaum Asli di Brazil menggunakan tumbuhan ni dalam merawat leishmaniasis kulit. Jus dari daun dijadikan sebagai teh untuk masalah selsema biasa . Teh campuran antara daun dan akar digunakan untuk masalah perut. Di rantau Carribean, campuran senduduk bulu bersama berberapa herba lain telah digunakan sebagai mandian kesihatan untuk bayi. Cara Guna (Perubatan Traditional) Melegakan Pening Kepala. Buah senduduk bulu dimakan 2-3 biji untuk dua kali sehari (Perak) Mengawal Aras Glukosa Dalam Darah. Akar senduduk bulu dijadikan satu daripada ramuan untuk mengawal aras glukosa dalam darah. Kesemua akar dibersihkan, dijemur sehingga kering, dan dikisar sehingga halus, dan dimasukkan ke dalam kapsul. Kapsul dimakan tiga kali sehari. Rawatan Komplemen Kepada Masalah Batu Karang. Segenggam akar pokok senduduk bulu bersama dengan pokok rempah padang, pokok pepulut jantan, kemuncup, dan lakinang direbus lebih kurang 1 L air sehingga menjadi ½ L. Air rebusan diminum selepas mengurut, tiga kali sehari pad waktu pagi, petang dan malam (Perak). Penjagaan Kesihatan Dalaman Akar senduduk bulu dijadikan satu daripada ramuan untuk penjagaan kesihatan dalaman. Ramuan diracik halus diambil segenggam bagi setiap jenis bahan dan direbus. Air rebusan diminum satu hingga tiga kali sehari atau mengikut keperluan (Kedah). Kesan Sampingan Tiada kesan sampingan yang dilaporkan setakat ini. Sumber Rujukan Khazanah Perubatan Melayu Tumbuhan Ubatan, Jilid 2, Nik Musa’adah Mustapha et al., Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) #g#gardenherbsg#gardenherbshopsendudukbulu
Garden Herb Shop
Region: MY
Wednesday 05 October 2022 13:47:58 GMT
Music
Download
Comments
pok_aming :
good
2022-10-06 01:57:52
0
Mi :
pokok ni selalu guna untuk cuci cermin utk menembak ikan dlm sungai agar tak berwap pada masa menyelam
2022-10-06 02:36:46
9
awangbokceh4 :
senduduk putih ada?
2022-10-06 01:25:46
3
Kembara alam :
Dulu masa kecik2 selalu makan buah senduduk 😁 mengimbau kenangan lalu bersama rakan sekampung
2022-10-06 08:25:06
1
Khai :
ubat ulser 👌😊
2022-10-17 16:06:01
0
Zulkefeli Abdul Razab :
untuk ubat angin dan gastrik rebus daripada daun sehingga akar cari pokok yg tunggal..minum.. InshaAllah..kna konsisten..smggu skali xpa dah
2022-11-23 14:50:15
1
mamakpantau :
cara penggunaan nye tau Ker tau..nyata kan skli,,sbb ramai yg mgkin blm tahu termasuklah Sya..nyata biar perabeh..
2022-10-06 06:17:07
0
Belangkas :
terbaikkk ilmu yg bermanafaat
2022-10-06 02:20:48
0
shah s.a. :
tq info.
2022-10-06 02:17:42
0
LinaHara :
ade tengok pokok nih..ade guna ya..tq info
2022-10-06 01:38:43
2
kopisusuikattepi :
org kg dulu² guna daun ni buat buang sawang dalam rumah...jimat...
2022-10-06 07:55:26
1
从ㄩㄉ人与 工 尺 :
buah dia sering makan waktu kecil, manis sangat
2022-10-05 20:40:42
1
Mina Zahir :
mcm mana cara gunakan.... rebus mnm air nya kew
2022-10-16 13:00:55
0
haslanlan496 :
suda lama aku mencari bkn orangnya....tapi petua inniii.. terima kasih sesangat...mulia hati awak...seiklas...nya... sejahtera hendaknya.
2022-10-08 12:41:26
0
Gelandangan_Ningrat676 :
🤗 paling buuuuuuuuuuunyak tumbuh di lahan sawit,
2022-10-07 02:14:05
0
skanane :
boleh tunjuk cara penggunaan?
2022-10-06 14:16:46
0
MoKi271 :
kat kebun bayk pokok nie...punya jenuh nk bunuh dia...stakat ecomax dia steady ja😂😂
2022-10-06 11:46:58
0
maznah54 :
mcm mana cara gunanya banyak tumbuh sekitar ŕumah
2022-10-06 08:32:45
0
ATOK ABDUL WAHAB :
mcmana nk guna.
2022-10-06 08:29:06
0
Norizah nasir :
Tq info
2022-10-06 02:57:31
0
user5588431569711 :
Info yg bermenafaat👍👍
2022-10-06 01:52:27
0
Noice :
so cmna nk guna pokok ni?sesuai sngt utk mak sy ni.
2022-10-05 14:26:28
0
Ra Mazura Ra Mazura :
kegunaanya macam mana
2022-10-05 14:13:45
0
mohdfakhrulradzib :
macam mana cara nak guna kalau pening kepala..
2022-11-17 10:33:49
2
iddo_🦕 :
kalo buat gatel" bisa ngga kak?
2024-10-18 13:16:12
0
To see more videos from user @gardenherbshop, please go to the Tikwm
homepage.