@pertubuhanwiduri: Ketumbuhan malignant adalah kanser. Sel yang membiak tidak terkawal dan terus membiak dan merebak. Ketumbuhan malignant tumbuh sangat pantas dan merebak ke bahagian tubuh yang lain dan proses ini dipanggil metastasis. Namun bukan semua ketumbuhan malignant membiak dengan pantas. Sesetengahnya membiak lebih perlahan. Jenis-jenis ketumbuhan malignant : CARCINOMA ketumbuhan ini terbentuk dari sel epithelial yang membentuk kulit dan lapisan tisu organ tubuh. SARCOMA ketumbuhan ini bermula di tisu penghubung. Tumor ini paling kerap terjadi pada tulang, otot, tendon, tulang rawan, saraf, lemak, dan saluran darah lengan dan kaki anda. Ketumbuhan ini berasal dari sel-sel di luar sum-sum tulang. Walaupun terdapat lebih daripada 50 jenis sarkoma, terdapat dua bentuk utama: sarkoma tisu lembut dan sarkoma tulang. GERM CELL TUMOR Perkataan ‘Germ‘ daripada Germ Cell Tumor itu bukanlah bermaksud ‘Germ‘ kuman tu. Tetapi perkataan germ ini diambil daripada perkataan ‘Germinate’ iaitu ‘to begin to grow’ Dalam bahasa melayunya adalah ‘mula membesar/berkembang’. Tumor sel germa selalunya akan berlaku dikawasan testis ataupun pada bahagian ovari. Ini kerana di kawasan tersebut sel reproduktif seperti sperma dan ovum dihasilkan. Tetapi ia boleh juga terjadi di dalam bahagian otak, dada dan perut, namun ia jarang berlaku. BLASTOMA ketumbuhan ini terbentuk dari tisu prekursor atau sel-sel yang sedang berkembang. Blastoma lebih kerap pada kanak-kanak. Ketumbuhan ini boleh berlaku dalam otak , mata dan juga sistem saraf. MENINGIOMAS Ini adalah ketumbuhan yang terbentuk dari meninges - selaput yang melindungi otak dan saraf tunjang. tanda-tandanya seperti : pandangan jadi kabur atau berganda. sakit kepala yang teruk terutama waktu pagi. masalah pendengaran. hilang memori hilang deria bau sawan rasa lemah di lengan atau kaki susah berkomunikasi

PRIHATIN WIDURI MALAYSIA
PRIHATIN WIDURI MALAYSIA
Open In TikTok:
Region: MY
Saturday 08 October 2022 20:03:47 GMT
31117
47
2
10

Music

Download

Comments

syedaj710808
AJ :
❤❤❤
2022-10-08 20:07:07
0
_yayah23
rohayahyayah :
🙏
2024-12-08 11:39:43
0
To see more videos from user @pertubuhanwiduri, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About