@iiff4hhh:

Iffah
Iffah
Open In TikTok:
Region: SG
Friday 17 February 2023 10:25:19 GMT
13433
1698
12
127

Music

Download

Comments

sharilnizam58
nizam :
wow
2023-08-28 20:40:09
0
palie_slumber
fadzli ismail :
What for??
2023-03-20 01:04:05
0
mdrashid5955
~𝔐𝔲𝔥𝔡 ℜ𝔞𝔰𝔥𝔦𝔡🐅 :
Lovely 🥰🥰
2023-03-04 01:32:46
0
shamrubio
Sham :
Hi pretty 😍😍
2023-02-19 20:40:00
0
rxzz04
ryanxzulzul :
lawa nye pakai dress 😍
2023-02-18 02:47:49
0
adanmusa88
adan :
🥰🥰🥰🥰
2023-03-22 15:53:30
1
kidsam85
Kiddy Sam :
🥰
2023-02-19 23:54:12
0
To see more videos from user @iiff4hhh, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

Kasih Nabi ﷺ terhadap wanita Angkat darjat mereka ke tahap tinggi setelah direndahkan jahiliyah PERUTUSAN Nabi ﷺ ke dunia adalah rahmat buat seluruh manusia. Seluruh lapisan manusia sama ada anak-anak kecil mahupun orang-orang tua, lelaki mahupun perempuan, semuanya mendapat sentuhan dan petunjuk dari baginda ﷺ. Untuk kaum wanita khususnya, baginda ﷺ telah mengangkat darjat mereka ke tahap yang tinggi setelah jahiliyah merendah-rendahkannya. Baginda ﷺ telah mengangkat darjat wanita sama taraf dengan lelaki tanpa mengurangkannya sedikit pun. Baginda ﷺ juga telah banyak meriwayatkan pesanan-pesanan khusus buat wanita. Di samping itu, baginda juga banyak menunjuk ajar isteri-isteri dan anak baginda berkaitan hal ehwal wanita yang menjadi petunjuk buat umat wanita. Wanita Saudara Bagi Lelaki Baginda ﷺ telah menyatakan bahawa kejadian lelaki dan wanita adalah sama. Kedua-duanya dari air mani kemudian ketulan darah kemudian ketulan daging kemudian dibentuk tulang-tulang dan dibungkus tulang-tulang dengan daging. Tidak ada beza pada keduanya, lelaki dan perempuan. Malah baginda ﷺ menjelaskan bahawa wanita adalah saudara bagi lelaki. Wanita adalah sama dengan lelaki dari sudut kemuliaan insan dan kedudukannya sebagai hamba Allah. Sabda baginda; “Sesungguhnya wanita itu saudara bagi lelaki” (HR Tirmizi dan Abu Dawud). Berlembut Dengan Wanita Baginda ﷺ seterusnya menyarankan agar wanita dijaga dan dipelihara dengan baik. Baginda ﷺ menegaskan dan menjelaskan tabiat semula jadi kejadian kaum hawa yang telah Allah ciptakan. Wanita berbeza dengan lelaki dari segi penciptaan apabila baginda menyatakan wanita dicipta dari tulang rusuk yang bengkok. Bengkok bermaksud wanita ini ada kelemahannya yang tersendiri dan jiwanya lembut serta sensitif. Baginda ﷺ menganjurkan agar berkelakuan baik dan lembut dengan wanita serta sabar di atas sikapnya yang bengkok dan juga kelemahan akalnya. Pimpinlah wanita dengan cara memaafkan mereka dan bersabarlah terhadap kebengkokan mereka. Maka baginda ﷺ berpesan dengan sabdanya: “Nasihatilah para wanita kerana wanita diciptakan daripada tulang rusuk yang bengkok dan yang paling bengkok daripada tulang rusuk itu adalah pangkalnya, jika kamu cuba untuk meluruskannya maka ia akan patah, namun para wanita”. (HR Bukhari) Keistimewaan kaum wanita diangkat lagi apabila baginda ﷺ menyatakan bahawa menjaga anak perempuan dengan baik juga boleh mendinding seseorang dari api neraka. Di dalam sebuah kisah, Urwah bin Zubair berkata bahawa Aisyah RA pernah bercerita bahawa seorang wanita datang kepadanya meminta-minta bersama dua orang anak perempuan akan tetapi Aisyah RA tidak memiliki apa-apa melainkan sebiji kurma. Aisyah pun memberikan kurma itu kepada wanita tersebut lantas wanita tersebut membahagi dua kurma tadi dan diberikan kepada dua anak perempuannya. Kemudian Nabi ﷺ datang dan Aisyah RA menceritakan perkara tersebut kepada baginda ﷺ lantas baginda ﷺ bersabda; “Barang siapa yang menanggung dua anak perempuan lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi pendinding baginya dari api neraka”. (HR Bukhari) Malah dalam sebuah hadis yang sangat popular, apabila baginda ﷺ ditanya oleh seorang lelaki, siapakah orang yang paling berhak untuk dia hormati. Lantas baginda ﷺ menjawab “Ibumu” sebanyak tiga kali dan kemudian barulah baginda menyebut “Bapamu”. Kisah-kisah di atas jelas menunjukkan bahawa baginda ﷺ amat mengambil berat berkaitan wanita. Sangat kasih dan lembutnya kepada wanita. Malah baginda ﷺ juga sangat memuliakan wanita. Belas dan Kasih Terhadap Wanita Baginda ﷺ juga bersikap lemah lembut dengan kaum wanita. Di dalam sebuah riwayat, baginda ﷺ menyambut kehadiran sekumpulan wanita dan anak-anak dalam satu majlis perkahwinan dengan ucapan; “Ya Allah… kalian adalah termasuk golongan manusia yang paling aku sayangi.” Baginda ﷺ mengulanginya sebanyak tiga kali. (HR Bukhari dan Muslim) Di dalam satu kisah lain yang diceritakan oleh Anas bin Malik bahawa ada seorang wanita datang kepada Rasul ﷺ sambil mengendong bayinya dan

About