@syurgabuku: Replying to @heartyboxtoyou Bagaimana Jikalau Imam Salah Tajwid Ketika Solat? - Ustaz Azhar Idrus Lahn Jali merupakan kesalahan nyata atau pun berat seperti tertukar baris atau kalimah. Sementara Lahn Khafi pula adalah kesalahan yang ringan dan boleh dimaafkan. Sebagai contoh, untuk kesalahan Lahn Jali adalah tersilap sebutan sehingga menukar makna sesuatu kalimah. Hal ini boleh terjadi sekiranya pembaca tertukar walau satu susunan baris dalam setiap perkataan. Bagi kategori Lahn Khafi atau kesalahan ringan, ia berkemungkinan berlaku disebabkan oleh penukaran sifat-sifat, makhraj huruf dan sebagainya. Kesalahan bacaan ini diambil kira sebagai Lahn Khafi sekiranya ia tidak melibatkan penukaran baris dan huruf. #fahamibacaansolatmu #belajartajwid #hukumtajwid #bimbingansolat #khusyuksolat #booktokmalaysia #buku #books #ilmuagamaislam #ustazazharidrus #soaljawabagama #hukumhakam #islam #muslim