@chefdaveveganjourney: STIR FRY BOK CHOY MUSHROOM – CHEF DAVE #chefdaveveganjourney #veganfood #veganrecipe #resipivegan #veganstyle #malaysianchef #veganchef #MakanLokal #MYFoodie Masa penyediaan : 15 minit Masa memasak : 5 minit Hidangan : 2 pax Resipi Bahan – bahan: 10 kelopak sayur sawi bok choy(rebus) 5 biji cendawan shitake(potong kiub dan rebus) ½ sudu kecil garam 1 sudu kecil minyak Sedikit air 2 sudu besar cili padi 2 sudu besar bawang putih (dicincang halus) Bahan sos: 3 sudu kecil kicap masin soya 1 sudu kecil kicap pekat soya 1 sudu kecil sos tiram vegetarian 1/3 sudu kecil garam 1/3 sudu kecil serbuk perasa cendawan 1/3 sudu kecil gula 50ml air 1 sudu kecil tepung jagung *campurkan kesemua bahan sos, gaul sebati dan ketepikan. Cara memasak: 1 Didihkan air, masukkan sedikit garam dan sedikit minyak. Masukkan sayur sawi bok choy dan biarkan ia masak sekejap. Angkat dan tapis. Ketepikan. 2 Kemudian rebus juga cendawan shitake seketika. Angkat dan tapis. Ketepikan. 3 Kalau rajin, macam saya, susun sayur bok choy dalam pinggan. Susun seperti di dalam video. Ketepikan. 4 Sediakan kuali, tumis bawang putih dan cili padi. Kacau sehingga naik bau. 5 Masukkan cendawan shitake yang telah direbus tadi dan bahan sos yang telah siap bancuh tadi. Kacau rata sehingga warna sos menjadi sedikit pekat. tambah sedikit air jika perlu. 6 Adjust rasa dan tuangkan sos ke dalam pinggan sayur bok choy tadi. Sedia untuk dihidang.