@huzelstraveller: Cara paling mudah untuk ke Sarajevo ni korang naik flight direct terus je dari Malaysia ke Sarajevo(transit with same airlines).Tapi kebiasaannya harga flight direct terus ke sini lebih mahal daripada ambik flight turun di Istanbul kemudian naik low cost flight ke Sarajevo.Ikut bajet dan poket masing2. Bosnia and Turki dah tak jauh sangat dah sebenarnya.Kalau pandai cari flight murah dari Istanbul ke Sarajevo memang boleh jimat lagi daripada naik direct terus ke Sarajevo dari Malaysia.Antara low cost yg ada laluan direct dari Istanbul ke Sarajevo ialah Pegasus Airlines. Kalau ikut pengalaman aku yg lepas,aku ke sini dengan menaiki bas merentasi pelbagai negara Balkan bermula dari Istanbul.Penat tu memang penat tapi dah alang2 datang dari jauh better cover semua terus memandangkan semua negara Balkan ni dekat2 je dan bebas visa untuk passport Malaysia kecuali Serbia. Untuk lebih details pengalaman aku travel ke negara2 Balkan korang boleh check posting aku sebelum2 ni dan juga di highlights. #traveltips #travelbajet #backpacker #travelvideography #travelphotography #sarajevo #bosnia