@rafiziramli: Untuk menjayakan Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) berjaya, kita menggunapakai kaedah pertanian moden yang akan diuruskan sebagai sebuah entiti perniagaan seperti satu tapak kilang. Kita akan ada pengurusan yang profesional dan mereka yang terlibat akan dilatih bermula peringkat awal melalui satu set kemahiran, satu set tugas berdasarkan model pertanian moden dan dibayar gaji bulanan untuk memastikan model perniagaan dapat diteruskan. Tidak ubah seperti bekerja di kilang-kilang elektronik. Peserta-peserta yang terdiri daripada kalangan miskin tegar kumpulan B40 akan menjadi pekerja-pekerja di dalam industri tani dan mendapat pendapatan purata setiap bulan sekitar RM2,000 -RM2,500 sepadan dengan pekerja pejabat atau kilang. Kita yakin bahawa kita boleh mengusahakan infrastruktur-infrastruktur pertanian sebegini dengan pendapatan tetap bulanan kepada peserta INTAN di seluruh negara berdasarkan daripada hasil projek rintis yang pertama. Untuk menyertai INTAN, pohon di sini: