@jefrimejan11: 𝑯𝑨𝑲𝑰𝑺𝑨𝑵 𝑫𝑰 𝑻𝑬𝑩𝑰𝑵𝑮 𝑺𝑼𝑵𝑮𝑨𝑰 𝑺𝑬𝑳𝑨𝑵𝑮𝑶𝑹 Tempat: 📍Jambatan Jalan Rantau Panjang. Saya mendapat aduan daripada orang kampung mengenai mendapan Jalan Sabar di pesisir Sungai Selangor. Alhamdulillah sy berkesempatan untuk turun meninjau lokasi mendapan. Memang benar aduan yang diterima, Jalan Sabar di bahagian tebing sungai mendap hasil daripada hakisan air Sungai Selangor. Tembok besi-konkrit yang dibina untuk menghalang hakisan telah pun separa runtuh dan tidak lagi kukuh untuk dijadikan benteng tebing sungai. Turut hadir bersama adalah pihak JKR Kuala Selangor dan juga Adun Permatang, YB Nurul Syazwani Noh Omar. YB Nurul Syazwani turut bersama kerana kawasan ini adalah sempadan Dun Ijok dan Dun Permatang. InsyaAllah, saya akan kemaskini laporan mengenai kerja-kerja membaiki tebing sungai ini dari semasa ke semasa. Terima kasih saya ucapkan kepada YB Nurul Syazwani, JKR Kuala Selangor dan orang kampung yang hadir! 𝒀𝑩 𝑱𝑬𝑭𝑹𝑰 𝑴𝑬𝑱𝑨𝑵 Yang Berkhidmat Ijok #BaktiUntukIjok #NafasBaharuIjok