@this_is_mr.ali: Resepi Puding Marble ✨ Loyang 8 inci 📌 Bahan - Bahan - 4 setengah cawan air (1.2 liter) - 10g agar agar serbuk (1 paket) -3/4 cawan gula (150g) - 2 sudu makan serbuk koko & sedikit air panas - 1 sudu makan butter Bancuhan Kastard : ( sebatikan semuanya) - 1 biji telur - 2 sudu makan tepung kastard dilarutkan dengan sedikit shj air sejuk - 1 tin susu cair (370ml) - sedikit garam dan sedikit essen vanila 📌Cara - Cara - Masukkan kesemua bahan KECUALI serbuk koko & air panas - sebatikan dan baru hidupkan api perlahan - kacau hingga mendidih. - bila dah mendidih matikan api dan sambung kacau dalam 5 minit - bahagikan adunan kepada dua: Bahagian Kastard & Bahagian Coklat - pada bahagian coklat, larutkan serbuk koko dengan sedikit air panas - dah larut masukkan kedalam bahagian adunan yg dah diasingkan tadi - hidupkan api dan kacau sekadar naik wap sahaja - matikan api dan tapis - tuang dalam loyang berselang seli hingga habis adunan - sejukkan dalam peti selama 4 hingga 5 jam - dah siap dan boleh makan Selamat Mencuba! mr. ali