@ibnu.muhibbin: Selawat Ibrahimiyah adalah selawat yang dibaca pada separuh kedua dalam Tahiyat Akhir di dalam solat. Selawat Ibrahimiyyah dalam Tahiyat Akhir adalah sunat hai’ah bagi mazhab Shafie dan wajib bagi mazhab Hambali. Begitu besar penghargaan yang Allah berikan kepada Nabi Ibrahim, sehingga selawat kepadanya disyiarkan dalam solat kita. Selawat ini menggabungkan dua ucapan salam dan hormat ke atas kedua-dua Nabi Muhammad SAW dan Nabi Ibrahim a.s. . Terdapat hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim r.a. dan Imam Ibnu Khuzaimah r.a. yang menganjurkan agar kita berselawat ke atas kedua-dua Nabi Besar SAW itu. Lafaz selawat ini sebagus-bagus, selengkap-lengkap dan sesempurna lafaz ke atas junjungan Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam. Sebab itu selawat Ibrahimiah ini ditentukan bacaannya di dalam solat. Ibnu Taimiyyah berkata, “Selawat yang paling sempurna untuk Rasulullah adalah Selawat Ibrahimiah.” Fadhilat Selawat Ibrahimiyah 1. Mendapat pahala yang besar kerana selawat ini tergolong sebagai selawat utama. 2. Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sesiapa yang membaca selawat ini, nescaya aku saksikan baginya di hari qiamat dengan pengakuan dan aku beri syafaat baginya.” 3. Berkata setengah ulama; “Sesiapa membaca selawat ini 1000 kali, InsyaAllah dia akan bertemu Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam di dalam tidurnya.” 4. Menurut Ahmad As-Shawi; “Sesiapa membaca selawat ini akan mendapat syafaat dan pertolongan Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam di hari Qiamat.“ Hadis Selawat Ibrahimiyah Hadith riwayat Imam Muslim (406): اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إبْرَاهِيمِ إنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ Maksud Selawat Ibrahimiyah : Ya Allah! Berilah selawat ke atas Muhammad dan kerabat Muhammad seperti mana Engkau berikan selawat ke atas kerabat Ibrahim dan berkatilah ke atas Muhammad dan ke atas kerabat Muhammad seperti mana Engkau memberkati ke atas kerabat Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Agung. Berselawat Kepada Dua Nabi Kita melakukannya disebabkan sebab-sebab berikut : 1. Nabi Muhammad SAW sendiri mengajarkannya dan memberikan contohnya kepada kita, dan kita wajib mengikuti ajaran Baginda SAW. Firman Allah Ta’ala; وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُوا “…..Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah. ….” ( Al-Hasyr : Ayat 7 ) 2. Ianya merupakan satu penghormatan kepada Nabi Ibrahim a.s yang digelar sebagai ‘Bapa Para Nabi a.s.’ . Apatah lagi Nabi Muhammad SAW sendiri berasal daripada keturunan Nabi Ibrahim a.s. . Sekaligus Baginda a.s adalah datuk kepada Rasulullah SAW dan juga datuk kepada semua umat Muhammad SAW. 3. Nama Nabi Ibrahim a.s kekal di dalam bacaan Tahiyat di dalam solat kita, adalah merupakan satu penghormatan & doa yang dikabulkan oleh Allah Ta’ala kepada Baginda a.s. Firman Allah Ta’ala yang menggambarkan kisah permohonan doa Nabi Ibrahim a.s : رَبِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ (83) رَبِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ (84) “(Nabi Ibrahim berdo’a): “Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang soleh, ( 83 ) . Dan jadikanlah aku buah bicara yang baik bagi orang-orang (yang datang) kemudian (84 ).” (Surah Asy-Syu’araa) 4. Nabi Ibrahim a.s digelar sebagai ‘Khalilullah’, manakala Nabi Muhammad SAW pula digelar sebagai ‘Habibullah’. Kedua-dua gelaran itu bermakna: ‘Kekasih Allah’, akan tetapi perkataan ‘Habib’ pada ‘Habibullah’ itu lebih kepada yang paling dikasihi oleh Allah Ta’ala. Jadi, Nabi Muhammad SAW merupakan makhluk yang paling dikasihi dan dicintai oleh Allah Ta’ala. Kelebihan selawat Ibrahimiyah ialah kita berselawat ke atas kedua-dua Nabi Besar SAW itu pada waktu yang sama, ianya merupakan satu penghormatan juga kepada Baginda Nabi Muhammad SAW. #IbnuMuhibbin #muhibbin #SolluAlanNabi #muhammadsaw #selawatnabi
Ibnu Muhibbin 🇲🇾
Region: MY
Tuesday 03 October 2023 10:58:28 GMT
Music
Download
Comments
astrid :
Kayak doa saat atakhiyat terakhir y
2024-10-07 02:58:58
9
Zura Zam 77 :
ALLAHUMMA SOLLI'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA'ALA ALI SAYYIDINA MUHAMMAD ❤️❤️❤️
2024-03-15 04:31:38
6
Ibnu_Basyaiban :
knpa vt y ngk bisa di simpan min....
2024-10-09 15:39:26
2
DANZ X FRANCO :
kalo AQ Iki kn slalu di baca pas takhiyat akhir
2024-07-10 07:08:37
1
WMS :
1. subhanallah 3×
2. Alhamdulillah 3×
3. Allahuakbar 3×
4. La ilaha illallah3x
-Semoga Bermanfaat 😊
2025-01-11 02:44:10
1
WMS :
1)Hasbunallah Wanikamal Wakil
2)Laila Hailla Anta Subhanaka Inni Kuntum Mina Zholimin
3)Waufa Widdu Amri Ilallah Innallah Ha Basirum Bil Ibad
4)MashaAllah La Haula Wala Quwwata Illa Billah
2025-01-11 02:44:00
1
wansaufi :
kenapaaaaaaa xboleh download 🥲
2024-08-02 19:01:25
3
Norlia Binti Harun @ Miszz Lia :
Bissmillah ..Alhamdulillah Aamiin 🤲🤲
2024-06-08 07:49:40
3
Hairunbi@Rubi Zaharah :
Alhamdullillah
2024-06-03 21:47:12
3
zana :
ALLAHUMMA SHOLIALA SAYYIDINA MUHAMMAD
2024-10-19 23:01:54
1
little star :
😇baik nya
2024-10-19 03:06:48
1
fadly93 :
dalam sholat haruskah memakai sayidina dalam tahyat akhir
2024-10-13 13:26:59
1
insan biasa@ :
masyaallah
2024-10-06 06:12:17
2
suarno :
saidina. muhamat
amin
2024-09-19 23:35:11
3
Abd Wahid Bin Md :
Alhamdulillah
99999 X
kepada semua insan
2024-04-14 04:58:46
2
Fatimah Kamir Masayu :
Subhanalallah walhamdulilah Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar
2024-09-16 21:33:14
2
Ramdani :
👍 Allah humma salli alla Saidi Muhammad.
2024-09-14 08:19:40
2
Selamat Antang :
❤️❤️❤️Aamiin
2024-08-27 22:28:38
2
y_manja :
aamiin
2024-08-17 15:06:46
2
Naura Sahra :
Aamiin...
2024-08-06 01:24:27
1
Iis Sundanis :
Masya Allah tabarakallah ijin save dan share
2024-07-07 14:36:13
1
Rohayu ldris :
amiin
2024-12-06 02:01:36
1
juliannie@adeyanie1987🥰 :
Alhamdulillah Aamiinn allahumma amin🥰
2024-11-21 01:40:04
1
Laila hamzah :
Alhamdulillah
2025-02-07 03:43:05
0
OMMA RAHIMAH_RD7_SUCCESS :
🤲💯
2024-12-26 09:13:03
1
To see more videos from user @ibnu.muhibbin, please go to the Tikwm
homepage.