@alexhero888: Selamatkan bumi dari pencemaran minyak masak. Setiap kali anda memasak, terutama sekali ketika menggoreng makanan, pernahkah anda terfikir yang anda boleh jadi wira penyelamat bumi?Sama ada anda sedar atau tidak, planet bumi yang kita duduki ini semakin hari semakin tercemar. Pencemaran boleh berlaku melalui pelbagai aktiviti yang tidak bertanggungjawab. Contohnya, apabila anda membuang minyak masak yang sudah digunakan itu di tempat yang tak sepatutnya, seperti di sinki dapur, longkang, atau sungai.