@rafiziramli: Ada yang tanya apa yang akan berlaku selepas Kajian Separuh Penggal RMKe-12 diluluskan. Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 kini menjadi dokumen untuk rujukan dasar kerajaan, pihak industri dan rakyat dalam merealisasikan Ekonomi MADANI. KSP RMKe-12 merangkumi aspek-aspek yang lebih luas, termasuk sektor ekonomi, pendidikan, kesihatan, sosio-budaya, dan sebagainya. Ini menunjukkan pendekatan yang holistik dalam perancangan pembangunan negara. Selepas ini, Kementerian Ekonomi akan turun ke daerah-daerah di seluruh negara untuk menerangkan Ekonomi MADANI dan program-program ekonomi terbaru daripada kerajaan. Orang ramai boleh tanya soalan dan berdiskusi lanjut berkenaan rancangan kami.