@drradzijidin: Tempoh hari saya bertemu dengan sahabat-sahabat di Kuarters Presint 14-7. Perjumpaan ini turut dihadiri oleh sahabat-sahabat dari Blok A, B, C, D dan E. Kuarters ini adalah antara kuarters yang terawal dibangunkan di Presint 14. Penduduk mula mendiami kuarters ini sekitar tahun 2006. Secara luarannya masih nampak macam cantik tetapi hanya yang duduk di kuarters ini sahaja tahu kisah-kisah hitam yang pernah berlaku di kuarters ini. Isu yang paling kritikal semestinya tentang fasiliti lif. Banyak peristiwa buruk berlaku di kuarters ini. Isu kedua yang dibangkitkan adalah berkaitan trek joging yang digunakan oleh sahabat di sini. Dimaklumkan akibat daripada takungan air di tasik berdekatan ianya telah menghakis sebahagian daripada trek joging yang telah dibina. Perkara ini amat berbahaya bagi penduduk di sekitar kawasan ini jika tindakan sewajarnya tidak diambil. Terutamanya kepada anak-anak kecil yang menggunakan laluan ini sebagai laluan ke sekolah. Sama-sama kita usahakan agar perkara yang melibatkan keselamatan ini diberi perhatian dan diambil tindakan segera oleh pihak berwajib. #DRJ #fypシ #fyp #foryourpage #PerikatanNasional #EraBaharuPutrajaya #PNBest