@rafiziramli: Ipoh Timur bertanyakan “bolehkah ekonomi negara Malaysia mendepani risiko daripada pertumbuhan perlahan ekonomi China?” Pada pandangan saya, negara China adalah ekonomi kedua terbesar di dunia sudah tentu negara itu mempunyai rantaian ekonomi yang lebih rumit daripada negara Malaysia. Sebarang ketidakstabilan dalam ekonomi China tempiasnya juga kepada negara Malaysia dan seluruh negara. Adalah penting bagi negara-negara seperti Malaysia untuk mengambil kira perkembangan dalam ekonomi China dan menyusun strategi yang sesuai untuk menghadapi sebarang ketidakstabilan. Kita mengakui bahawa pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan dalam tahun 2023 dan 2024, dan harapan kita dalam tempoh ini akan digunakan sebaiknya bukan sahaja untuk membina ketahanan kita, malah memastikan pertumbuhan ekonomi global itu naik pada 2025 dan ke atas, dan Malaysia berada di kedudukan yang paling baik untuk mendapat keuntungan dari pertumbuhan tersebut.