@anwaribrahimofficial: Menyambut kunjungan Perdana Menteri Jepun, TYT Fumio Kishida yang mengetuai delegasi Jepun ke Malaysia dalam lawatan kerja sehari di Kompleks Seri Perdana Ahad lalu. Kami mengadakan pertemuan empat mata hampir satu jam bagi membincangkan perkara penting terkait hubungan Malaysia-Jepun serta pelbagai isu serantau dan antarabangsa yang menyentuh kepentingan kedua-dua negara. Usai pertemuan, saya dan PM Fumio Kishida hadir dalam mesyuarat bilateral selama lebih satu jam bagi meneroka kaedah memperluaskan lagi kerjasama dalam pelbagai bidang meliputi lapangan perdagangan dan pelaburan, pendidikan, pertahanan dan keselamatan tenaga serta maklumat dan komunikasi. Konflik Palestin-Israel turut menjadi agenda utama perbincangan. Dalam soal ini, saya dan PM Fumio Kishida senada menentang pencerobohan haram Israel di bumi Palestin serta bersetuju bantuan kemanusiaan perlu segera dihantar ke Semenanjung Gaza, yang kemusnahannya kini lebih parah ketimbang dampak pengeboman Hiroshima tatkala Amerika Syarikat meledakkan ‘Little Boy’ ke kota tersebut pada tahun 1945. Kami turut menyinggung soal penubuhan cawangan Universiti Tsukuba di Malaysia, pelepasan air terawat dari loji nuklear Fukushima Daiichi serta komitmen memuktamadkan pelaksanaan Bantuan Rasmi Keselamatan (OSA) dan meningkatkan pelaburan antara kedua-dua negara. Saya dan PM Fumio Kishida kemudian menyaksikan pertukaran Memorandum Kerjasama (MoC) antara Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dengan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Komunikasi Jepun. #MalaysiaMADANI
Anwar Ibrahim
Region: MY
Thursday 09 November 2023 02:20:37 GMT
Music
Download
Comments
sensei kawanku :
hope for a good relationship..will bring more investment
2023-11-09 02:34:28
1
Mohamad Anas :
terbaik
2023-11-09 05:50:48
0
Azlie Razalli :
Semoga Dato Seri terus dikurniakan kesihatan & kekuatan yg berkekalan utk terus memimpin Malaysia 👍👍🫡
2023-11-09 02:57:11
6
joe_razua :
pada era 90an jepun byk eksport utk cerita kanak2,buku2 komik.pertumbuhan minda remaja pd masa tu meningkat dn pengaruhi sistem pendidikan malaysia.
2023-11-10 15:59:28
0
MengkarungJantan :
Mohon utk hentikan mengutamakan pengambilan jwtan 0 kerajaan dari negeri berkapita rendah Datuk Seri..sgt tak adil penuh dr negeri SG4 je staff gomen
2023-11-09 13:35:09
1
kphlee :
🥰🥰🥰🥰🥰🥰🥰🥰🥰 PMX
2025-01-15 09:29:50
0
Mohd Rodzi :
terbaik tu datok sri🥰🥰,,,
2023-11-27 04:09:26
0
afiq_kong88 :
Pertemuan bermakna
2023-11-13 08:03:08
0
Intan Salwaa Hassan :
🥰🥰🥰Alhamdulillah PMX terbaik
2023-11-12 08:25:36
0
lebai channel :
Allahuakbar
2023-11-09 07:38:50
0
Raza :
kukuh hubungan.. kesejahteraan bersama
2023-11-09 07:41:37
0
Bunga Cempaka :
Semoga urusan PM dipermudahkan...
2023-11-09 07:02:53
0
_maria_1328 :
sehat sehat selalu pm malaysia
2023-11-09 04:23:21
0
_11stars :
Semoga Dato Seri sentiasa dikurniakan kesihatan yg baik dan dlm lindungan Allah dunia akhirat.. Insha'Allah Aamiin 🤲🤲💖💪💪
2023-11-09 02:28:52
0
Ummer :
🥰🥰🥰
2023-11-09 14:56:06
0
To see more videos from user @anwaribrahimofficial, please go to the Tikwm
homepage.