@barumengaji: Keistimewaan Surah An-Nas ialah surah ini memiliki kedudukan yang tinggi di antara surah-surah yang lainnya, merupakan salah satu surah Al Mu’awwidzataini iaitu dua surah yang mengandung permohonan perlindungan selain surah Al Falaq. Barang siapa yang membaca surah ini sebanyak 3 kali pada waktu pagi dan petang, maka Allah akan mencukupinya dari segala sesuatu. Secara ringkasnya, keistimewaan dan fadhilatnya mengamalkan ‘Surah Al-Muawwizat’ (Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Naas) adalah; 1. Sebagai pelindung / pendinding diri. 2. Penyembuh segala penyakit zahir dan batin. 3. Segala keperluan hidupnya akan dicukupkan dan sempurna. 4. Terpelihara daripada segala keburukan dan kemudaratan. 5. Memperoleh pahala sunnah apabila diwiridkan selepas solat fardhu. Semoga perkongsian di atas memberikan kita ilmu yang bermanfaat dan amalan yang diterima oleh Allah SWT ❤️ #surahannas #mengajibersama #mengajialquran #mengajionline #kelebihansurahannas #palestine #savepalestine #fyp #fypage #ftpシ゚viral