@ummu.aqidah: ✍🏻MURAQABAH . Adalah orang orang yang sentiasa mengetahui bahawa Allah SWT melihatnya sentiasa memerhatikannya dan Allah tahu akan keadaan dirinya, maka dia malu untuk buat benda benda yang tidak elok. Bahkan dia akan bersungguh sungguh untuk buat benda yang baik. . Muraqabah ini adalah tanda IMAN. Orang yang tidak ada muraqabah bererti dia tidak ada iman. . Dalam hadis Nabi SAW menyatakan ada tiga (3) perkara bila mana dilakukan oleh seseorang dia akan merasakan kemanisan iman. . 1️⃣ Dia menyembah Allah yang Esa . 2️⃣ Dia mengeluarkan zakat dengan penuh suka bukan kerana terpaksa . 👉🏻 setiap tahun dia akan mengeluarkan zakat 👉🏻 jika zakatnya seekor kambing dia akan mengeluarkan kambing yang sederhana bukan yang buruk 👉🏻 Allah tidak wajibkan yang terbaik dan Allah juga melarang untuk beri yang terburuk, maka beri yang tengah (sederhana) 👉🏻 asas zakat itu, minimum berilah yang sederhana . 3️⃣Dia sentiasa sucikan dirinya . Lalu bertanya seorang lelaki, apakah dia penyucian diri wahai Rasulullah? . Jawab Rasulullah, “Dia mengetahui Allah sentiasa bersama dengannya, walau di mana dia berada” . ⭕️ Inilah MURAQABAH. . Tuan tuan, "Bila kita nak bercakap, kita tahu Allah mendengar apa yang kita cakap. Kita berbisik dalam hati, Allah tahu apa yang ada dalam hati. Yang kita buat seorang diri, Allah tahu" . Maka asas muraqabah bahawa, 👉🏻Allah Taala perhatikan kita 👉🏻Allah Taala tengok kita . Sebagaimana di dalam surah Al Fajr, اِنَّ رَبَّكَ لَبِالْمِرْصَادِۗ “Allah perhatikan kamu” (Al Fajr) . Allah menyebut dengan perkataan لَبِالْمِرْصَادِ Yang membawa maksud “teropong” . Maka, 👉🏻Gambaran pemerhatian Allah Taala pada hambaNya, Allah fokus melihat kamu TIDAK terlalai walau sedikit. . Bila kita tahu, Allah Taala tengok kita maka apa kesan dalam kehidupan orang beriman❓ . Kesannya, 👉🏻Akan menjadikan kita jauh dari maksiat walau kita bersendirian. Kita tak akan buat kerana kita tahu Allah tahu. . Bila kita ada MURAQABATULLAH apa kesan dalam hidup❓ . Kesannya, 👉🏻Kita akan melakukan ibadat dengan baik kerana kita tahu Allah tengok kita, tak kan kita nak buat ibadat yang cincai. . Bila kita ada IMAN yang betul dan kita tahu bilamana Allah melihat kita dan ibadat yang kita buat adalah untuk kita selamat dari neraka, untuk kita masuk syurga, jadi tak akan kita nak buat ibadat yang lebih kurang. . 👉🏻Bila puasa, kita betul betul jaga 👉🏻Bila zakat, kita keluar betul duit zakat tak pernah kurang walau 1 sen, takut kita. 👉🏻Dalam bab solat, kita tahu waktu zaman muda, zaman lagha kita bagaimana solat kita, maka kita akan qadha balik solat solat kita. Kita bimbang. . Maka, ini orang yang ada muraqabatullah. Bila orang yang ada muraqabatullah dia akan melakukan ibadat dan menyempurnakannya. . Kenapa penting muraqabatullah❓ . Kerana dengan muraqabatullah kita mengetahui, ✅Allah sedang melihat kita ✅Allah bersama kita ✅Allah mengetahui tentang kita . Ini yang menjadikan kita ikhlas. . Tuan tuan, "Kita kalau buat baik, orang tak tahu tak apa. Allah tahu. Yang kita nak balasan dari Allah. yang janji pada kita, kalau kita derma banyak ni, diganti banyak ni ialah Allah bukan orang. Orang tak janji apa apa dan dia tak berhak tahu" . Bila kita ikhlas dalam infaq Allah akan ganti. Allah ganti dengan, 👉🏻Allah berkati rezeki kita 👉🏻Allah berkati keluarga kita 👉🏻Allah berkati hidup kita 👉🏻Allah selamatkan kita daripada banyak musibah . KERANA kita pemurah. Kita derma kerana Allah, kerana Allah yang janji semuanya bukan dari orang kerana orang tidak akan dapat memberi kita apa apa. . Maka bagaimana kita nak cari redha orang sedang kita tahu orang tak beri apa apa pada kita❓ . Maka, 👉🏻Bila kita ikhlas kerana Allah, ini adalah tanda kita ada muraqabatullah. Dan bilamana ada muraqabatullah kita dapat menyucikan diri kita. . Sebab, 👉🏻Selagimana ada manusia di hati kita, hati kita kotor. Apa benda pun kerana orang, maka kotor. Tapi apa pun amal soleh kerana Allah, maka hati menjadi bersih. . 📌Inilah kehebatan muraqabtullah yang berakhir dengan syurga.
UmmuAqidah
Region: MY
Tuesday 21 November 2023 01:42:58 GMT
Music
Download
Comments
Fiqq senjhi jebak :
ya Allah 😭...berilah aku kasih sayangmu...🤲🤲
2024-09-13 16:40:57
1
.. :
trima kasi ilmunya,sy simpan ya
2024-05-02 01:41:34
2
Ummah_hh :
izin share
2024-06-30 02:12:01
2
عريسا 🌹 :
Assalamualaikum, izin share
2024-06-28 01:06:57
1
. :
izin ambil
2024-06-18 11:52:48
1
misel4you :
assalamu'alaikum izin share 🥰
2024-05-17 06:51:55
4
Nick Qoe :
Assalamoalaikom izin share
2024-05-09 09:50:16
2
ummikalsumbatubar82 :
izin save ya kak🙏
2024-05-13 14:52:36
1
qabil jainal :
amin ya rabbal alamin 🤲🥰🙏
2024-09-29 12:07:42
2
Khoirulpurdianto.dian :
😁🥹🇮🇩
2024-09-19 02:07:06
1
خلوي🕊️✨ :
aku enggak pacaran cuman suka sama suka dan menjaga batas
2024-05-18 07:51:15
2
︎︎︎ㅤ︎︎︎ㅤ︎︎︎ㅤ :
Tapi aku pendosa kak 🙂
2024-07-08 23:17:13
1
M u z a m i l™🌹 :
allahuakbar Syukur
2024-06-15 09:22:41
1
fahlaila :
𓆩😢𓆪
2024-11-04 17:38:07
0
KUPRET :
misalnya aku sholat tapi aku selalu meminum minuman keras hukumnya apa
2024-10-20 23:54:10
0
Alya :
ini save video
2024-08-03 03:06:20
0
✨NBL✨ :
izin share 😁
2024-07-04 05:53:37
0
fans_magic 5 :
izin share ya ☺️
2024-07-13 02:58:52
0
hamba_allah_yg_hina7 :
🥰🥰🥰
2024-09-22 01:09:09
0
arlblmmndi :
😁😁😁
2024-09-12 23:13:12
0
pak_tua :
💜💜
2024-09-08 11:45:00
0
Anugrah RipurLove :
@KARETANSScreator♻️
2024-08-29 15:21:17
0
《》 :
sholawat nabi muhammad showlAllohu 'alaiyhi wasslam,Allohumma sholi 'alaa sayidina muhammad wa'alaa a'liy sayidina muhammad showlAllohu 'alaiyhi wasslm,🤲mohon ijin save🙏
2024-06-18 19:24:27
1
@akmam :
🥰🥰🥰
2024-10-01 09:56:45
1
Reynatta OmenUna :
🥰🥰🥰
2024-09-23 20:11:09
1
To see more videos from user @ummu.aqidah, please go to the Tikwm
homepage.