@astronews1: Majlis Sukan Negara (MSN) sedang meneliti pelaksanaan caruman seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk semua atlet negara bermula Januari tahun depan. Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata perkara itu diputuskan oleh Lembaga Pengurusan MSN baru-baru ini selepas kajian semula skim elaun latihan atlet kebangsaan dengan penekanan kepada kesejahteraan atlet diluluskan. Berita Lanjut #AWANInews