@watakongsi.official: KREN TUMBANG: PERKHIDMATAN KOMUTER, ETS KEMBALI PULIH Kesemua perkhidmatan tren Komuter Lembah Klang dan ETS KTMB yang terganggu akibat kren binaan patah antara Rawang dan Kuang telah pulih selepas dua hari. Tren komuter pertama bernombor 2301 telah beroperasi dari Tanjung Malim ke KL Sentral seawal 5.05 pagi. KTMB memohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan menghargai kerjasama penumpang. Untuk maklumat lanjut, hubungi Pusat Panggilan KTM Berhad di 03-2267 1200 atau melalui Messenger Facebook rasmi KTMB. #watakongsi #laparpo #takpastiwatakkongsi #ktm #komuter #ets #pengangkutanawam #malaysia #berita #fyp