@sinarharianonline: Rumah terapung yang dinamakan ‘Rumahku, Rakitku’ berjaya terapung buat kali kedua bagi menyelamatkan tiga beranak daripada dilanda banjir di Kampung Terbak Batu 16 dekat Kemaman. Bakar Che Ahmad, 68, atau dikenali Pokwe berkata, rumah yang disiapkan pada 16 September tahun lalu dengan keluasan 9 x 12 meter persegi itu berjaya diapungkan selama empat hari sekali gus menyelamatkannya sekeluarga daripada banjir besar. #SinarHarian #SinarTerkini #Banjir #monsun #kemaman