@abu.uwais.media: Tanpa Ampun: Tiga Tahun Diburu Jepun di Rimba Malaya menceritakan petualangan Freddie Spencer Chapman yang memilih menjadi pejuang gerila di belantara, mencaturkan perang melawan Jepun yang rakus tatkala Perang Dunia Kedua menggugat bumi Malaya. Pengalaman empat tahun penuh ranjau dan duri ini dicatatkan oleh Chapman dengan gaya santai dan bersahaja. Inilah kisah tentang ketahanan diri dan ikhtiar hidup yang melangkaui batas kemampuan manusia biasa dalam usaha meneruskan kelangsungan hayat. Judul buku yang ditulis oleh Chapman (The Jungle is Neutral) menggambarkan jika manusia mempunyai kecekalan hati tatkala menghadapi kekejaman dan marabahaya di hutan serta kepintaran akal untuk memanfaatkan apa sahaja kelebihan dan kebaikan yang ada, maka tiada satu rintangan pun yang dapat menghalang manusia daripada hidup di dalamnya. Namun, hutan di Malaya yang bersifat berkecuali, seperti yang diingatkan oleh Chapman, sebenarnya penuh ranjau dan duri. Dia sendiri pernah sekali menderita sakit tenat yang berterusan selama dua bulan, termasuklah tidak sedar diri selama 17 hari. Beberapa kali dia ditimpa demam kencing hitam, radang paru-paru dan tipus kutu yang bersilih ganti dengan demam malaria yang agak parah. Pernah dia bersusah payah berjalan selama 12 hari merentasi hutan sejauh sepuluh batu. Pada ketika yang lain pula dia berjalan berkaki ayam selama enam hari tanpa sebarang makanan. Memang benar, hutan itu bersifat berkecuali yang dipenuhi ranjau dan duri! Tiada siapa yang tidak berasa belas kasihan terhadap enam orang askar British yang menemui ajal dalam keadaan “bukan disebabkan mana-mana penyakit tertentu, tetapi kerana mereka tidak memiliki sikap pemikiran yang betul.” Chapman bukan sahaja berdepan dengan hutan yang “berkecuali” dan musuh yang diisytiharkan secara terbuka seperti askar Jepun, tetapi juga perlu melawan pihak-pihak yang mencurigakan seperti kebanyakan penduduk tempatan, termasuklah mereka yang mengaku mahu menggugat keamanan misalnya kelompok penjahat Cina. Disebabkan itulah, hakikat bahawa dia boleh terus bertahan hidup merupakan sesuatu yang lebih mengejutkan. Dia pernah dua kali tercedera, sekali akibat terkena nat besi daripada ubat bedil buatan sendiri, dan sekali lagi ketika ditangkap oleh tentera Jepun dan juga penjahat Cina. Namun begitu, dia berjaya melepaskan diri daripada kedua-dua rintangan tersebut. Setelah hampir tiga tahun setengah “tidak kelihatan di ruang awam,” dia muncul kembali dalam dunia bertamadun dengan keadaan raganya lunyai atau jiwanya lusuh sehinggakan dia masuk semula ke hutan yang sama selepas beberapa bulan. “Jiwanya benar-benar bersemangat, tetapi raganya tidak bertenaga” bukanlah ungkapan yang tepat. Jika jiwanya dapat bertahan, raganya juga akan mendapat kekuatan untuk terus bertahan. #bukutanpaampun #spencerchapman #peranggerila #perangjepun
Abu Uwais Media
Region: MY
Thursday 28 December 2023 06:29:15 GMT
Music
Download
Comments
There are no more comments for this video.
To see more videos from user @abu.uwais.media, please go to the Tikwm
homepage.