@drzalihamustafa: Temu Rapat Dr. Zaliha - Edisi Putrajaya Temu Rapat Dr. Zaliha Edisi Wilayah Persekutuan Putrajaya diteruskan dengan kehadiran seramai 174 peserta dalam kalangan Ahli Majlis Perwakilan Penduduk (MPP), wakil Rukun Tetangga, ahli kariah Masjid dan Surau, serta wakil peniaga kecil yang berlangsung di Dewan Seri Siantan, Putrajaya. Alhamdulillah semalam merupakan siri kedua selepas edisi WP Kuala Lumpur pada sebelah paginya. Saya mengambil peluang untuk mendengar sendiri pelbagai cadangan, maklum balas serta pandangan yang dikemukakan oleh para peserta yang hadir. Segala cadangan dan saranan yang dikemukakan tadi akan saya teliti satu persatu dan penyelesaian yang konklusif akan diperincikan. Insya-Allah sama-sama kita berganding bahu memperkasa Wilayah Persekutuan Putrajaya sebagai Pusat Bandar Pentadbiran kelas pertama. #DrZ #JWP #MalaysiaMADANI