@watakongsi.official: 494 KES TIPU PENYAMARAN DI MEDIA SOSIAL, SEJAK 20 HARI LALU Sebanyak 494 kes penipuan penyamaran sebagai kenalan di media sosial dilaporkan di seluruh negara, dengan kerugian mencapai RM238,732 dari 1 Januari hingga 20 Januari. Modus operandi sindiket penipuan melibatkan penyamaran sebagai rakan atau kenalan di platform media sosial seperti WhatsApp, Facebook, dan Telegram. Sindiket tersebut didapati menggodam akaun media sosial mangsa untuk meminjam wang daripada rakan mereka. Mangsa biasanya menyedari godaan apabila akaun mereka tidak dapat diakses atau menerima panggilan dari kenalan yang mempertanyakan pinjaman wang. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, menasihatkan orang ramai untuk tidak mudah percaya pada mesej pinjaman wang dari rakan atau kenalan, terutama jika akaun bank yang digunakan tidak sesuai. Beliau menyeru untuk melakukan semakan dengan menghubungi kenalan tersebut untuk mengesahkan keaslian permintaan pinjaman wang. Orang ramai juga digesa untuk menghubungi balai polis berdekatan atau CCID (JSJK) untuk sebarang nasihat atau maklumat lanjut. Sumber Dari Berita Harian #watakongsi #laparpo #beritawatakongsi #takpastiwatakkongsi #scam #scammer #scamersocialmedia #pdrm #fyp #trending
WATAKONGSI
Region: MY
Monday 22 January 2024 08:43:59 GMT
Music
Download
Comments
There are no more comments for this video.
To see more videos from user @watakongsi.official, please go to the Tikwm
homepage.