@fadhlinasidek: Hari ini saya menghadiri Majlis Peluncuran Sistem ASAK (Asimilasi Struktur Asas Kepimpinan) bersempena dengan Hari Wanita Sedunia di Top Glove Tower Ballroom Setia Alam. ASAK merupakan inisiatif pendigitalan Wanita KEADILAN, iaitu sebuah sistem perisian data dan organisasi yang mampu mengukuhkan kedudukan parti dalam konteks organisasi serta kelancaran pentadbiran. Semoga sistem ini akan membantu khidmat bakti kita di lapangan masyarakat dan menjadi pemangkin kepada pembinaan Malaysia MADANI. Saya sentuh sedikit di dalam ucapan tentang pemerkasaan wanita bersempena dengan Hari Wanita Sedunia. Sejak akhir-akhir ini, tragedi kejam yang melibatkan wanita semakin meningkat. Oleh itu, kita sebagai masyarakat yang prihatin hendaklah cakna akan keselamatan komuniti kita dan saya doakan agar keharmonian wanita di negara kita sentiasa dijaga dan diutamakan. “Wanita Dijulang Negara Gemilang” – Tema Hari Wanita Sedunia bagi tahun 2024 yang kita sambut di Malaysia tahun ini adalah cerminan pemposisian harakat dan martabat wanita, pada kedudukan yang sepatutnya. Memposisikan wanita pada kedudukan yang tinggi (dijulang), akan membawa kepada natijah Negara Gemilang. #MalaysiaMADANI #WanitaKEADILAN #ASAK