@fadhlinasidek: Meraikan Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2024 Peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-41 Puspanita Cawangan KPM di Putrajaya pagi tadi. Auditorium hari ini dibanjiri dengan pelbagai nuansa ungu, tanda solidariti kepada sambutan Hari Wanita Antarabangsa. Tahniah kepada PUSPANITA Cawangan KPM atas pelaksanaan program ini serta pencapaian cemerlang khususnya dalam mengangkat aktiviti-aktiviti pemerkasaan wanita di KPM. Turut sama hadir menyampaikan Bakul Makanan Wanita serta sumbangan Kembali ke Sekolah kepada ahli-ahli PUSPANITA KPM, ialah YBhg. Dato’ Sri Noorhuda Haji Alias, Pengerusi PUSPANITA KPM. Selamat bermesyuarat agung! Wanita Dijulang Negara Gemilang, Selamat Hari Wanita! #KPM #PendidikanManusiawi #MalaysiaMADANI