@rafiziramli: KENAPA PERLU KEMASKINI PADU? Ramai yang bertanya di media sosial berkenaan keperluan untuk mengemaskini maklumat di Pangkalan Data Utama (PADU). Pandangan umum di luar adalah kerajaan telah memiliki semua maklumat, jadi mengapa perlu dikemaskini atau diisi semula? Bukankah hanya dengan kad pengenalan, segala maklumat boleh diakses? Ketika sesi penggulungan bagi perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat, isu ini telah diterangkan dan tertumpu kepada isu-isu berikut: Data di dalam PADU memang adalah data-data pentadbiran dan sudah tersedia melibatkan sejumlah 30 juta rakyat Malaysia. Atas faktor keselamatan, hanya sebahagian sahaja data yang kita lepaskan kepada rakyat untuk dikemaskini. Langkah ini adalah untuk melindungi data-data yang dikira sensitif, terutamanya yang membabitkan kedudukan kewangan individu. Sasaran PADU adalah untuk menjadi sebuah pangkalan data yang komprehensif daripada bersifat near real time kepada real time. Cabaran kita sebelum ini adalah walapun kerajaan memiliki segala data di jabatan atau agensi kerajaan, data-data ini tidak dikongsi antara satu sama lain. Proses semak silang sesama jabatan juga mengambil masa. Melalui PADU, sekiranya berlaku sebarang perubahan maklumat di sesuatu jabatan kerajaan, secara automatik data-data di PADU dan juga di aplikasi-aplikasi kerajaan yang lain akan turut berubah dan ini yang dikatakan daripada near real time kepada real time. Pengemaskinian data-data di PADU akan menjadikan sistem ini sebagai rujukan utama agensi-agensi peringkat Persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan. #parlimenmalaysia #dewanrakyat #MalaysiaMADANI #KerajaanMADANI #rafiziramli

Rafizi
Rafizi
Open In TikTok:
Region: MY
Thursday 14 March 2024 04:49:07 GMT
5350
207
17
34

Music

Download

Comments

elpadrino3455
EL PADRINO :
BILA NAK LAKSANAKAN GAJI PROGRESSIF NI. BRANG SMUA DH MAHAL. GAJI TAKAT TU JE
2024-03-14 08:59:20
1
sitihawa50532
siti hawa :
sekalipon semua formula Yb Rafizi tak menjadi saya sentiasa support yb selagimana yb tak keluar daripada PH
2024-03-14 07:28:16
3
aaajjjjkkkkk
🫥 :
Salam 4.70 YB, Syukur Malaysia Masih Aman
2024-03-15 15:53:08
2
anakampung8
Summer 69 :
BLH BAGI JAMINAN KH KPD RAKYAT SEKIRANYA SISTEM PADU TAK DPT DICEROBOH...
2024-03-22 17:22:28
1
user7395581115171
uglykidjones :
INVOKE masyukkkkkk
2024-03-20 05:44:26
1
komadko
koko mas :
4tahun lagi ,kita akan undi takpe
2024-03-15 02:29:41
1
muhammad.aiman674
Muhd Aiman :
masalah Rakyat Harga barang Mahal , Ketiadaan beras tempatan , nilai ringgit jatuh bila nk selesai yb 😂😂😂😂🤣🤣🤣
2024-03-14 21:47:53
0
To see more videos from user @rafiziramli, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About