@fadhlinasidek: Program Jaulah Ramadan 2024 membuka tirainya semalam. Destinasi pertama 'jaulah' kami ialah Negeri Perak Darul Ridzuan. Saya bersama-sama pengurusan kanan KPM serta pimpinan JPN Perak hadir menyantuni warga Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh, Perak. Penghayatan Ramadan melalui tadabbur al-Quran, penghayatan hadis dan sunnah Rasul SAW dan konsistensi solidariti Palestin menjadi antara pengisian penting aktiviti jaulah ini. Bulan Ramadan ialah bulan 'madrasah'. Dalam bulan ini, kita mendidik hati dan jiwa, mendisiplinkan diri dan anggota, serta menggiatkan amalan memburu pahala dan menggapai reda. p/s: Setiap kali ke Sekolah Raja Perempuan Taayah, saya akan menjengah dewan besar sekolah, melihat dengan bangga nama ibunda saya yang terpampang di ruangan senarai Ketua Umum. Ramadan Karim! Allahu Akram! #7TerasKPM #PendidikanManusiawi #MalaysiaMADANI
Fadhlina Sidek
Region: MY
Tuesday 19 March 2024 04:07:04 GMT
Music
Download
Comments
Abubacer94 :
kantin bukak tak?
2024-03-19 11:01:45
11
cucu long :
menteri cepat sentap
2024-03-19 12:31:15
12
aisyah :
Dewan Hajah Halimah was named after my late mother, Almarhumah Hajah Halimah Hj Abd Samad..al fatihah..😌
2024-03-19 11:25:37
106
CikguRaje :
saya batch SPM 1997 di sini🥰
2024-03-19 08:02:37
60
NoritaAmat :
Kak fad, mai la seri al ummah pulak.. 🥰🥰
2024-03-19 08:30:08
10
Sarawak Tiktok :
saya peminat YB !! datang lah ke smk selirik, sarawak Kapit sini
2024-03-20 02:58:58
6
To see more videos from user @fadhlinasidek, please go to the Tikwm
homepage.