@razmanzakaria: Warisan Beduk masih dikekalkan dan diletakkan di Surau atau masjid baharu. Ada yang dijadikan hiasan dan ada juga masih menggunakannya. Zaman dulu, pihak masjid menggunakan Beduk untuk memanggil orang solat. Ada kala beduk diketuk untuk memaklumkan kepada orang kampung jika ada kematian atau maklumat penting untuk disampaikan. #semanggolsejahtera