@utusantvofficial: 21 MAC 24: Majlis Perbandaran Segamat mendokong penuh titah DYAM Pemangku Sultan Johor bagi terus mempertahankan kemuliaan Islam di Negeri Johor. Majlis Perbandaran Segamat (MPS) yang telah diwakili oleh Jabatan Kesihatan Awam, Jabatan Pelesenan dan Jabatan Penguatkuasaan bersama-sama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Agama Islam Segamat dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada hari ini telah menjalankan satu operasi bersepadu pemeriksaan terhadap premis KK Supermart & Superstore Sdn Bhd di No.1, Lorong Tengah, Kampung Baru, 85200, Jementah. Hasil dari pemeriksaan mendapati premis tersebut beroperasi dengan lesen perniagaan yang sah tempoh dan mendapati tiada penjualan atau penyimpanan stoking yang menulis kalimah ALLAH. MPS memandang berat perkara ini bahkan bertanggungjawab bagi terus mempertahankan kemuliaan Islam di Negeri Johor. Walaubagaimanapun, pemeriksaan lanjut terhadap premis mendapati terdapat minuman keras yang telah disorokkan di dalam premis tanpa lesen yang sah daripada MPS. Pihak MPS telah menyita sebanyak 196 botol minuman keras selaras di bawah peruntukan Undang-Undang Kecil 50 (1), Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (MDS) 2017. Premis tersebut telah diberi arahan untuk menutup operasi serta-merta oleh Tuan Yang Dipertua selaras dengan peruntukan Undang-Undang Kecil 49 (2), Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (MDS) 2017 kerana semasa operasi dijalankan, pihak MPS mendapati bahawa tiada pengasingan dibuat bagi minuman keras dan minuman biasa. Pihak MPS akan terus komited menjalankan operasi dan pemantauan secara berkala bagi mengelakkan perkara seperti tidak lagi berlaku. Pihak MPS memberi amaran dan peringatan kepada mana-mana pihak mahupun individu agar jangan mempersenda atau mempermainkan kalimah ALLAH atau apa juga yang boleh mencemarkan kemuliaan Agama Islam. Tindakan tegas akan diambil sekiranya mendapati perkara seperti ini berlaku lagi. Allah Peliharakan Sultan Allah Berkati Johor #trendingnewsmalaysia #fyp #beritaditiktok #kkmart #jementah
UtusanTV
Region: MY
Thursday 21 March 2024 12:54:36 GMT
Music
Download
Comments
😺 :
Benda ni dah lama..tp lepas isu stokin meledak baru jabatan2 berkaitan nk turun check..Sblm ni anda2 yg diberi amanah buat apa?? btw terima kasih dh ada action walaupun dah terlalu lambat 😌
2024-03-22 01:24:44
190
kahaq ketegaq :
sbb tu pekerja nepal/bngla bnyk.majoriti yg beli siapa???
2024-03-21 13:20:22
87
anakjantan881 :
SEMUA MINI MARKET PATUT DI PERIKSA SSM DEPA ... BERTINDAKLAH SEGERA
2024-03-21 16:15:40
2
Muhammad Iqbal Ibrahim :
uhuk
2024-03-22 02:26:39
0
Pokjat REVIEW :
Uiishh
2024-03-23 04:13:03
1
syasyaNur :
Ada asbab pekara mcm ni timbul..harap lepas ni Mana mini@ super market dsb lebih cakna dgn isu2 sebegini..harap pihak yg berwajib dpt buat pemeriksaan di seluruh negeri sama..
2024-03-21 14:58:31
37
matyoww :
ditutup buat sementara
2024-03-24 06:14:27
0
haikal_faisal01 :
camgini👍
2024-03-21 15:00:50
1
𝓔𝓷𝓬𝓲𝓴 𝓚𝓮𝓷𝓮𝓭 :
Alhmdulillah 🥰
2024-03-21 14:52:05
2
Jo Six-Pack :
Kena adil
2024-03-21 16:55:14
1
mursyid Predator :
Alamak tak jauh dari tempat aku ne
2024-03-21 16:45:41
1
Soliheen Hisham :
Terbaikkk…Alhamdulillah👍👍👍
2024-03-21 16:13:49
3
BukanSiapa² :
Alhamdulillah hari jumaat dpt berita mengembirakan kami rakyat johor ..
2024-03-22 04:58:12
19
ABDUL MAJID ABD RAHM :
terbaik Johor, negeri yang berani 🤲
2024-03-21 23:24:47
3
@user_2055 :
ooo segamat
2024-03-22 07:20:27
1
anakjantan881 :
SEMUA KK MART YG TERLIBAT ..nak operasi buat semua kawasan dan Negeri yg ade KK MART.... TERBAIKKK
2024-03-21 16:14:39
14
Mnm :
Kahkah
2024-03-22 06:26:40
0
M.hikl :
bagus
2024-03-22 06:28:35
0
Zul Rs :
Terbaik laa TMJ ❤️
2024-03-24 17:13:10
0
Kaswady :
baru nk wt kijo
2024-03-24 20:17:36
0
airecitah :
yessssssssss......
2024-03-24 07:14:20
0
Mufaz89 :
Daulat Tuanku 👑
2024-03-22 07:02:14
0
Mr.SaifuL :
Steady segamat
2024-03-22 03:00:25
0
To see more videos from user @utusantvofficial, please go to the Tikwm
homepage.