@astronews1: Sebanyak 28 penyakit berkaitan haba termasuk satu kematian telah dilaporkan di seluruh negara setakat ini. Kementerian Kesihatan berkata Kedah catat 8 kes diikuti Perak dengan 7 kes, manakala selebihnya direkodkan Selangor, Negeri Sembilan, Sabah, Perlis, Johor dan Pahang. Dalam pada itu, MetMalaysia berkata Hulu Perak dan Perlis kekal alami gelombang haba manakala 41 kawasan di Semenanjung berada tahap berjaga-jaga susulan cuaca panas yang teruk. #CuacaPanas #KKM