@rekskrasi: kalau sebut saja Sushi anda akan terbayang negara matahari terbit iaitu jepun. Pernah tak anda terfikir macam mana makanan jepun seperti sushi boleh popular sampai di pelusuk dunia. RINGKASAN TENTANG SUSHI Sushi secara ringkasnya makanan dimana nasi bercuka dihiasi makanan lauk dan sebagainya. Kebiasaanya sushi jenis Nigiri iaitu gumbalan nasi (Shari) dan diatasnya ada makanan laut. Biasanya Wasabi diletakkan antara Neta dan Shari dan dicicahkan sedikit kedalam shoyu (Sos Soya). Sejarah tentang Sushi Pada awal abad ke 19, Pelopor sushi adalah “narezushi” iaitu makanan yang disimpan dengan cara menjerukkan ikan, Beras yang di tapai menggunakan kaedah pengawetan. Pada asalnya, sushi dijual di gerai dengan harga yang murah dan semakin lama masa berlalu sushi dijadikan sebahagian budaya jepun. Sehingga kini pun Sushi telah dijual dalam kedai mewah dengan harga yang mahal. Bagaimana Sushi mendunia? Dalam awal abad ke 20, Populariti sushi mula popular di luar jepun, Kursusnya Amerika Syarikat dimana imigran dari jepun datang membawa budaya makanan ke amerika dan restoren sushi telah tumbuh di sekitar bandar seperti Los Angeles, New York dan beberapa lagi kawasan. Ada beberapa faktor kenapa Sushi boleh jadi popular di serata dunia adalah sushi adalah makanan yang sihat untuk dipilih, selain itu Budaya pop jepun termasuklah anime, drama, manga menyumbang populariti sushi dalam kalangan generasi muda. Tipulah kalau anda menonton anime tidak terasa ingin merasa Sushi. #sushi #sushisedap #sushimalaysia #sushitime #sushimonsters #sushilovers
ReksKrasi
Region: MY
Saturday 30 March 2024 06:04:56 GMT
Music
Download
Comments
There are no more comments for this video.
To see more videos from user @rekskrasi, please go to the Tikwm
homepage.