@lobakmerahmy: Baru-baru ini, seorang TikToker dari Somalia yang dikenali sebagai Sagal Ali menunjukkan keterujaannya dengan memuji kecantikan telekung yang dipakai wanita Malaysia. Menerusi perkongsian sebuah video, Sagal Ali yang menetap di negara ini menyifatkan wanita di Malaysia sering kali memakai pakaian ibadah yang cantik setiap kali ingin menunaikan solat. Tambahnya, dia tidak pernah melihat budaya lain yang menunjukkan kecantikan pakaian seperti telekung ketika melakukan ibadah. Dalam video itu juga, dia mengenakan telekung berwarna merah jambu pastel bersama anak perempuannya dalam sebuah masjid. Meninjau ke ruangan komen, netizen Malaysia turut berkongsi pengalaman telekung dipuji oleh warganegara lain. Telekung kita memang cantik-cantik semuanya! Untuk berita penuh boleh baca di kotak hijau di atas Kredit: @yourtypicalcouple Jangan lupa untuk Like, Comment. Share dan Follow Lobak Merah! 🧡 Terima Kasih! #fyp #fypシ #lobakmerahmy #beritaditiktok #viralstory #trending #trendingnewsmalaysia