@chenom_tiktok: Tart Nenas Cheese Bar. Kali ni Che Nom nak share resepi tart nenas versi yang sangat menarik iaitu Tart Nenas Cheese Bar. Bahan asas nya sama mcm tart nenas biasa, cuma Teknik untuk melapis tu yang sangat penting untuk guna cara yang mudah dan efficient. Untuk video tutorial engkap boleh layari YouTube channel ‘Che Nom’. Bahagian doh Che Nom adun menggunakan Anchor pure New Zealand butter. -Diperbuat daripada 100% susu segar dari New Zealand -Sangat sedap -Buttery dan berkrim rasanya Cukup harum dan premium rasanya, gebu dan cair di mulut, kena sangat bila dimakan dengan lapisan jem nenas. Ditambah rasa rangup-rangup lemak dari keju cheddar yang dibakar, confirm laku keras kalau buat untuk hari raya nanti! Bahan-bahan tart nanas kiub: 450g inti nanas 250g Anchor salted butter 3 sb gula aising 1 biji kuning telur 1 sk esen vanila 2 sb susu tepung 1/2 cwn t/ 60g tepung jagung 2 3/4 cwn /330g tepung gandum (**letak sikit-sikit kalau dh boleh bentuk jangan tambah lagi) 30g parutan keju cheddar Bahan-bahan sapuan telur: 1 biji kuning telur Sedikit pewarna oren/kuning 1 sk madu (optional)