@captain.haziq.roy: PT-91M PENDEKAR - KUASA TEMBAKAN UTAMA TENTERA DARAT MALAYSIA PT-91M " Pendekar " merupakan kereta kebal utama atau Main Battle Tank ( MBT ) milik Tentera Darat Malaysia dan dioperasikan oleh 11 Kor Armor Diraja yang berpangkalan di Kem Syed Sirajuddin , Gemas , Negeri Sembilan. Ketika fasa awal perolehan kereta kebal untuk Tentera Darat , Bumar-Labedy iaitu pembuat kereta kebal tersebut telah menghantar sebuah prototaip siri SP1 pada tahun 2005 untuk diuji oleh Tentera Darat Malaysia dan sebuah lagi prototaip SP2 pada tahun 2006 untuk diuji. Kontrak pembelian kereta kebal PT-91M Pendekar telah ditandatangani oleh Kementerian Pertahanan Malaysia dan Bumar-Labedy iaitu Syarikat Pertahanan dari Poland pada tahun 2003 , perolehan sebanyak 48 unit PT-91M " Pendekar " dan 15 kenderaan sokongan termasuk latihan krew , bekalan peluru , alat ganti dan sokongan dengan nilai kontrak sebanyak USD370 juta atau kira-kira RM1.4 Billion. Kemampuan Operasi Tempur kereta kebal PT-91M " Pendekar " berjaya dicapai pada 1 September 2010. Perolehan kereta kebal utama PT-91M " Pendekar " memberikan Tentera Darat Malaysia dengan kemampuan Kuasa Tembakan yang padu serta memenuhi keperluan strategik peperangan armor oleh Tentera Darat Malaysia. Pada ketika ini , Kementerian Pertahanan dan Tentera Darat Malaysia masih merancang untuk melakukan Program Lanjutan Hayat Perkhidmatan atau ( SLEP ) untuk kereta kebal PT-91M " Pendekar " bagi membolehkan PT-91M " Pendekar " untuk beroperasi selama beberapa tahun lagi sebelum ia akan digantikan dengan jenis kereta kebal yang baharu. Mantan Menteri Pertahanan Malaysia iaitu Dato Seri Hishammudin mengatakan bahawa kereta kebal PT-91M " Pendekar " boleh digunakan sehingga 2027 iaitu 20 tahun selepas kereta kebal Pendekar tiba di Malaysia pada tahun 2007. Apakah jenis kereta kebal yang menggantikan serta menyambung legasi PT-91M " Pendekar " ? Kita akan dapat jawapannya selepas tahun 2027. Tentera Darat Malaysia sememangnya mempunyai perancangan untuk melakukan perolehan kereta kebal yang baru bagi menggantikan PT-91M " Pendekar ". Sumber Video : 1. Majalah 3 ( TV3 ) #TenteraDaratMalaysia #TDM #11KorArmor #11KAD #NekadMempertahankanMalaysia #KuasaTembakan #StrategikArmorPertahananNegara #MalaysianArmy #BumarLabedy #Poland

Captain Haziq Royal Air Force
Captain Haziq Royal Air Force
Open In TikTok:
Region: MY
Saturday 13 April 2024 01:13:09 GMT
270545
7705
430
233

Music

Download

Comments

haziqramli28
Haziqramli :
aku sekarang belajar mekanikal engineering dan aku harap satu hari nanti kita dapat buat kereta kebal hasil tangan kita semdiri
2024-04-13 04:20:48
195
waludinsidek
waludinsidek :
knpa msti banding dgn ngra jiran.kna ikut kperluan dan kemmpuan.lagi pon asset yg canggih pon bkan jaminan meaning.tengok Saja apa Jadi America di vtnam knpa Pham fakta.
2024-04-13 06:49:46
17
apah_1x
Enzo :
kalau level kereta ni ibarat proton awroback..dah lama..beli dlm jumlah yg sedikit 48 biji je. manufacturer tank pun dah tutup kedai skrg..kena cari gantinbaru
2024-04-13 08:23:13
27
skopinoxx
SKOPINOXX :
knp x beli merkava
2024-04-13 07:36:01
1
shahshukri1
shahshukri :
aku bangga bapa aku adalah salah seorang tentera yg sudah bersara sbg sarjan yg pernah berkhidmat dlm unit 11 Armor Diraja dulu
2024-04-13 01:54:25
21
spyxleepan
Fadzly2021 :
Kejap. Kenapa ada bendera konoha?
2024-07-10 12:49:43
0
dinbae83
Din'bae :
itu tank bukan kereta kebal...
2024-04-13 08:01:03
4
panglimahitamdengkil2
PANGLIMAHITAMDENGKIL2 :
ex Armor Diraja hadir singgah.. GEMPUR ARMOR!!
2024-04-13 12:30:59
5
abgcha1170
abgcha1170 :
kita patut berbanga malaysia sudah ada keteta kebal dgn drone sendiri . terbaik malaysia
2024-05-12 09:50:55
0
abuzk89
a.k :
kena ada Main Battle Tank baru..boleh cuba tgk MBT Atley buatan Turki.
2024-05-02 10:40:08
1
rusl1_1
ha? :
terus jantar kegazs bos baru cun guys
2024-04-13 09:13:45
0
pokimung23
Abey Yeh :
okey la tu...modernize version dari poland / rusia t72 b3 kalau xsilap..still lagi pkai ERA but not bad ..boleh lagi kalis projectile heat dan explosive
2024-05-07 16:05:32
2
ahmadmamancau
Ahmad.Mamancau :
pd pendapat ak malaysia da boleh buat perolehan yg baru utk tambah lg aset utk kereta kebal yg lebih sesuai dgn struktur muka bumi malaysia...
2024-04-13 16:16:45
4
raisakbar7348
raisakbar7348 :
maksud nya apa itu bendera merah putih di balik bos
2024-04-15 15:50:31
2
01uncle7
BEBIRD :
ex armor hadir support 🪖✌️
2024-05-07 23:20:31
2
landos_manurung2
Landos Manurung🇮🇩 :
tank mogok di tengah jalan
2024-05-25 16:33:33
8
mr..h1980
KerepekUbiLemau :
Ramai netizen yg anggap dalam perolehan kereta kebal/mbt ni "bigger is better". Tapi sebenarnya saiz bukan penentu segalanya
2024-05-13 01:06:48
3
khaidzirmahmood
khaidzirmahmood :
hanya 48 buah
2024-05-10 15:44:56
2
demambingo
Talk🔇 :
just focus on ATGM, drone/attack drone and SAM
2024-04-13 11:30:49
2
wanadf5084
WAN Z264 :
hadir support sahabat
2024-04-15 12:57:26
2
mr.stanz96
D4T0 sT4Nz4 :
Perlu beli baru Lg.. Utk generasi ne dah tutup kilang doh
2024-05-19 22:46:06
1
shogun7475
Alepp 👻 :
klau beli t 90 yg russia punya tu ok ke utk terrain negara kita
2024-04-17 00:34:13
0
ferdauz87
Ferdauz87 Dauz :
itu la aku harap2 sangat kita nie cipta buatan sendiri tapi itu la kerajaan kita tal boleh diguna pakai asal buat je selalu tak terpilih.
2024-04-13 12:18:30
0
xulfadli
Xul Fadli :
Klu kategori saiz, ni kategory medium kan?
2024-05-04 15:13:11
0
camatku
comatku :
berapa ketol ja ada dlm malaysia ni.
2024-04-13 09:05:00
1
To see more videos from user @captain.haziq.roy, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About