@sabahmediaofficial: Sebanyak 13 penerbangan melibatkan ketibaan dan pelepasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini dibatalkan berikutan letusan gunung berapi di Gunung Ruang di Kepulauan Sitaro wilayah Sulawesi Utara. Pengurus Besar KKIA Jefry Ramli berkata, selain itu sebanyak 10 penerbangan melibatkan ketibaan dan pelepasan di KKIA turut dijadualkan semula membabitkan beberapa buah syarikat penerbangan. Berita penuh di www.sabahmedia.com