@alose2003: ذكـرى 🫶 #ذكرى_محمد #ابشري #خليج

Mohamed
Mohamed
Open In TikTok:
Region: IQ
Thursday 18 April 2024 20:21:55 GMT
14262
384
6
162

Music

Download

Comments

user053112145
سامر :
ذكرى على رأس هرم الغناء العربي
2024-04-18 20:30:31
9
drb903
90 :
💚
2024-04-20 18:09:32
2
user3773581045920
كࢪز♥ :
❤❤❤
2026-03-24 11:48:05
1
To see more videos from user @alose2003, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menawarkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan keputusan membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah. Menerusi sidang media di Pejabat DAPAnthony yang dikongsikan di laman Facebook rasmi beliau, Loke menyatakan akan mengemukakan surat peletakan jawatan itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat.  Walau bagaimanapun, keputusan itu hanya melibatkan dirinya sebagai anggota Jemaah Menteri, manakala menteri dan timbalan menteri DAP lain kekal dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan. Menurutnya, keputusan berkenaan dicapai selepas Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP bermesyuarat dan membahaskan perkara itu selama hampir tiga jam pada petang Sabtu. “Pendirian DAP diterjemahkan melalui peletakan jawatan saya sebagai Menteri Pengangkutan. Saya akan mengemukakan surat kepada Perdana Menteri dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DAP. Menurut Anthony, barisan menteri dan timbalan menteri DAP turut menyatakan kesediaan untuk melepaskan jawatan pada bila-bila masa. Namun ujarnya, CEC memutuskan mereka perlu kekal dalam kerajaan buat masa ini bagi menjamin kestabilan politik negara dan mengelakkan pentadbiran Anwar kehilangan sokongan majoriti.  Perikatanpolitik Katanya lagi, DAP menyedari terdapat pihak tertentu yang menunggu parti itu keluar daripada kerajaan sehingga boleh mencetuskan ketidakstabilan politik atau membawa kepada perubahan kerajaan. “Kita amat sedar permainan politik pihak tertentu dan harapan mereka supaya DAP membuat keputusan yang membolehkan cita-cita politik mereka tercapai. Kita tidak akan memberi ruang kepada perkara itu,” katanya. Mengulas keputusan tahanan rumah Najib, Anthony berkata, DAP menghormati kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan keputusan itu tidak boleh dipertikaikan. Namun, Loke memaklumkan, DAP berpandangan keputusan berkenaan sukar diterima kerana negara tidak mempunyai peruntukan undang-undang atau duluan membabitkan individu yang disabitkan atas kesalahan rasuah menjalani hukuman secara tahanan di rumah. Beliau turut menegaskan, skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan isu kleptokrasi telah membelenggu negara sejak sedekad lalu serta menyebabkan kerugian berpuluh-puluh bilion ringgit. Menurutnya, DAP akan terus berpegang kepada perjuangan menegakkan kebenaran dan memastikan pihak yang bertanggungjawab dikenakan hukuman setimpal.

About