@malaysianupdatenews: Entah-entah dia bukan manusia??? Kat rumah mak dulu-dulu ada 3 pokok mempelam. Pokok 1 - pokok mempelam siam Pokok 2- pokok mempelam aple Pokok 3- pokok mempelam panjang. Semua pokok ni mengghasilkan buah yg manis. Puas hati kami dan jiran2 makan. Cik kak suka pokok 2. Masa cik kak form 4 dan form 5, time lepas sekolah nak cari cik kak.. try jenguk atas dahan pokok tu.. Ada la tu tengah Kokak buah mempelam muda sambil cicah gula n kicap! Ada satu kali tu, pokok 1,2,3 mula berbuah lebat. Tapi buahnya belum cukup masak dan besar, tapi dah ramai jiran yg jenguk-jenguk. Arwah abah selalu make sure kami adik beradik dapat makan buah tu, then diberi kepada jiran n sedara mara terdekat. Tiba-tiba satu hari tu…tengah azan maghrib berkumandang dan tengah abah ambik wuduk di batang paip sebelah pokok 1, ada lelaki tua berserban putih sedang kayuh basikal.. berhenti dekat pagar rumah kami. Dia mintak buah mempelam muda yg banyak bergayut-gayut tu. Abah cakap “ buah muda sangat lagi, datang lah lagi bila buah dah masak..” Cik kak ketika tu melihat perbualan abah dari pintu dapur. “Sapa tu bah?” cik kak tanya abah. Abah cakap tak kenal… tak pernah jumpa… heran betul kami. Korang nak tau apa jadi lepas tu? Tiba-tiba.. putik mempelam tu banyak yg gugur. Untuk bertahun2 lamanya… pokok tu dah tak hasilkan banyak buah. Abah cakap “ sapa lah yg datang mintak mempelam muda hari tu? Agaknya sebab tak bagi kat dia lah buah banyak yang gugur.” Semenjak pada tu..apa je orang mintak abah bagi. Dia tak pernah persoalkan. Dan tak pernah tangguhkan.. Alhamdulillah, pokok mempelam 1 semakin ber buah, buah dia tak banyak tapi besar2 dan elok di dalamnya. Cuma.. lepas abah meninggal, perlahan2 pokok mempelam 1 kian mereput. Dahannya dah mula patah. Akarnya juga dah dimakan semut#. 2-3 tahun selepas abah pergi, pokok mempelam tu pun mati. Abah pernah pesan.. “jangan persoalkan siapa yg datang mintak tolong dari kita dan jangan tangguhkan pertolongan kepada orang yg memerlukan…Ada sebab Allah hantarkan dia dalam hidup kita..” Lastly…cik kak yakin abah ada reason sendiri kenapa dia buat macam tu dan dia pun banyak belajar dari peristiwa tu. Last cik kak mimpi kat arwah abah dia berada di satu kawasan yang banyak pokok buah-buahan dan buahya berbentuk belimbing emas. Pesan cik kak…Buatlah baik dengan siapa saja, tanpa tapi n tanpa nanti. In Shaa Allah ada ganjaran untuk kita nanti. Semoga abah berbahagia kat sana… Semoga korang dapat manfaat dari cerita ni.. As for pakcik naik basikal yg mintak buah mempelam time maghrib tu.. masih lagi misteri sampai harini. Kredit: Nani Yaacob #malaysianupdate #malaysianupdateofficial #malaysianupdatenews #fyp #viral

Malaysian Update
Malaysian Update
Open In TikTok:
Region: MY
Monday 22 April 2024 11:46:56 GMT
119540
2364
58
57

Music

Download

Comments

echa_6688
echa sweet@shop :
btl la tu..sapa pn dtg kat kita..bg lah walau sikit..lagi2 klu dia dh meminta..bagilah..kita x tahu apa yg allah balas balik kat kita..
2024-04-22 11:57:07
10
yim.noi2
yim noi :
samaada story ni betul or rekaan, ada hal baik yang boleh dijadikan iktibar. kipidap, dongibab
2024-04-22 17:25:11
5
billy_1202
billy36 :
hingga sekarang saya masih lagi tercari cari perhentian gua tempurung arah utara.masih terbayang jelas suasana perhentian tu.!!
2024-04-23 06:12:13
0
callmehucena
ShopWithUnaa :
Samalah, dulu arwah ayah.. rezeki buah2 byk, macam2 orang dtg mtk..ayah bagi. Kalau ke sungai, dia dpt byk ke sikit tetap ada utk orang yg dtg minta. Kadang kita geram sbb yela dia penat cari hasil
2024-04-24 11:54:21
1
im.shah_
SHA♠︎ :
sebut pasal pokok teringat dulu lupa nak siram pokok serai sampai sekarang masih lagi lupa
2024-04-22 11:58:01
0
encikmimp0
Orang biasa :
Selagi mampu tolong kita tolong
2024-04-22 15:42:11
2
mhd_muhaimin95
Cakoroi Taboq :
pokok harum manis 🙋🏻‍♂️🙋🏻‍♂️
2024-04-22 11:51:51
1
omykaguccy
•ᴀᴋᴀᴋ ᴅᴀɢᴜ ʙᴇʟᴀʜ• :
msa aku mgndung, teringin mkn buah pelam gi minta kt org msjid sbb tepi msjid ade pkok pelam. n pokok tu sentiasa ada buah wehh srs. kdg buah ni dia musim kan tp pkok tu sentiasa adaaa n byk buah
2024-04-22 15:04:38
0
mattt___adid
MARK-G :
😢
2024-04-23 07:58:04
0
flying___kitty
flying_kitty :
Nabi Khidir?Allahu a'alam
2024-04-22 15:32:15
2
tongkukayu
Dua Titik .com :
yg dpt dpastikan adalah bila dia mintak yg muda mknanya dia nk yg muda la, bukan nk yg masak...yg muda buat sambal pauh sodapp
2024-04-23 09:21:19
0
fuzaimiakma
fuzaimi akma :
Ni abah saya.. Dan mmng rindu dia.. Anak pokok mempelam no 1 tu dah selamat ditanam di rumah saya n kakak lagi 1. Semoga boleh jadi waris. Buahnya masih manis, tp jarang boleh dpt.
2024-04-23 09:04:10
0
wiii2112
wiii2112 :
tp tu lah org kita bila tgk pokok pelam buah lebat dia curi habis kaut guna lori, p juaaii hmm hidup dia terdesakk
2024-04-22 15:24:00
0
nanikoraizayaacob
Nani Yaacob | Cik Kak Content :
terima kasih Malaysian Update post story saya. Semoga bermanfaat.🥰🥰🥰
2024-04-23 05:13:10
21
mama_4vs1
mamababa 4boys 1girl :
cte psal mmpelam,tba2 sy tringat ksh msa sy mngndung ank bgsu sy 2 thun lpas..
2024-04-22 11:52:57
10
anissophana
anisSophana :
Jiran sy pnh mintak pelam putik kt sorang mkcik tu, dia xbg, alasan buah tak byk kalau petik awal nnti xberbuah dah. Jiran sy tu mengandung, blk sedih sgt. Pokok tu terus xberbuah dah.
2024-04-23 05:58:41
9
ainiyuzaimayaacob
aini :
ni arwah abh sya.. 😭😭😭
2024-04-23 05:08:27
5
syaalisya3
Syaa93 :
mak saya bila pokok² buah kat rumah berbuah walaupun belum masak tapi ada yang minta memang mak saya bagi je.
2024-04-24 00:30:53
2
jdtfans50
jdtfans :
jiran sebelah offer klu nk mempelam ambil je...berbuah mmg lebat tp hairan jiran2 yg lain x pernah mintak atau ambil...ptg ni kita ambil la 2 3 biji nk buat sambal...sekali bsok dgn muka marah tebang
2024-04-24 12:23:21
1
chepuan_nurain
ChePuanNurain :
@nanikoraizayaacob ♥️🌹♥️
2024-04-23 08:08:07
1
che_wang08
chewang! :
harum manis
2024-05-05 22:32:39
0
nfadhwa
nfadhwa :
macam abah aku..org mengandung mintak buah tgh hujan pun dia g ambik.. skrg pokok dia berbuah bnyk..besar2..sampai xlarat makan kitorang
2024-04-24 02:08:00
0
matzahir77
matzahir77 :
mana mana kes MCM ni....jgn pikir panjang ...ada maksud tersurat dan tersirat.... Wallahualam
2024-04-24 00:25:31
0
user75981912298552
juste un gars :
ayah aku pun pesan cmtu jgk.. kdg2 asbab kita bantu org Allah bg bantuan lain dlm bentuk yg kita x jangka
2024-04-23 07:03:16
0
hazaraiyy
srysff :
aku ada tanam pokok mempelam epal,sapa nak amik je jangan p jual sudah..alhmdulillah pokok sentiasa berbuah x ptus2
2024-04-23 02:30:36
0
faizmisran_
MOHD🌺 :
Tapi standard kot kalau ayah meninggal apa yang dia tanam pun ikut mati.. sebab terjadi kat diri aku gak.. bagi aku bukan sebab ajaib, tapi takda sapa yg uruskan dah tanaman2 tu.. 👍🏻
2024-04-22 23:48:39
0
nuratira360
nur :
kita diuji siapa yg mnguji???semua bukan hak kita kita hya diberi pinjam....One day AKN dipulangkan...jgn pernah menolak
2024-04-22 22:08:38
0
gg.aqqf
〽️ Kiddo. :
Semoga kita semua dibawah lindungan Allah
2024-04-22 11:54:40
0
To see more videos from user @malaysianupdatenews, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About