@ihishamuddinhashim: 73 KES DENGAN KERUGIAN RM1.6 JUTA SEHARI AKIBAT ‘SCAMMER’ Sebanyak 73 kes penipuan dengan kerugian RM1.6 juta purata sehari dilaporkan dalam tempoh empat tahun dari 2020 hingga tahun lalu. Jumlah itu melibatkan kira-kira 107,719 kes penipuan secara keseluruhan membabitkan kerugian sebanyak RM3.45 bilion dalam tempoh tersebut. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kes penipuan tidak pernah terhenti kerana sindiket sentiasa mempelbagaikan modus operandi baharu bagi menipu mangsa. Menurut beliau, walaupun jenayah penipuan atau ‘scam’ bukanlah isu baharu namun kes-kes dilaporkan membimbangkan kerana meningkat berbanding tahun lalu. “Jenayah telekomunikasi mencatatkan kes tertinggi dalam tempoh itu iaitu 30,507 kes dengan kerugian sebanyak RM1.6 bilion. “Scammer kini semakin licik mengubah modus operandi, kalau dahulu menyamar sebagai polis atau pegawai kerajaan namun kini ada yang menipu sebagai wakil syarikat menawarkan barang atau pakej tertentu,” katanya ketika dihubungi semalam. Dalam pada itu, Ramli berkata, dalam tempoh itu, sebanyak 17,942 kes pinjaman tidak wujud dilaporkan dan membabitkan kerugian RM188.9 juta manakala pelaburan tidak wujud yang dilaporkan sebanyak 13,518 kes dengan kerugian RM1.1 bilion. Kata beliau, untuk tempoh tiga bulan pertama tahun ini, sebanyak 7,651 kes penipuan dilaporkan dengan jumlah kerugian RM331.6 juta. “Pelaburan tidak wujud pada tahun ini menunjukkan peningkatan ketara sehingga 183 peratus iaitu hampir RM200 juta kerugian berbannding 2023 (RM69.9 juta). “Peningkatan tersebut dilihat sangat membimbang dan menunjukkan ramai mangsa terpedaya dengan pelbagai sindiket pelaburan yang menjanjikan pulangan berlipat ganda,” ujarnya. Justeru itu, Ramli menasihatkan orang ramai tidak terpedaya dengan mana-mana tawaran pelaburan atau panggilan telefon yang menawarkan keuntungan tidak masuk akal. “Jangan angkat panggilan melainkan panggilan daripada pihak bank yang (anda) pernah berurusan ataupun daripada rujukan yang disahkan. “Jangan dilayan terus, jangan angkat telefon (tak dikenali), tak ada ruginya bila tidak angkat telefon, walaupun (kononnya) dari agensi kerajaan dan sebagainya,” tegasnya. - Utusan Malaysia
Hishamuddin Hashim
Region: MY
Monday 22 April 2024 16:05:43 GMT
Music
Download
Comments
HoneyLemon :
Aikkk knapa bila komen pasal kes bapak scammer malaysia yang lari dari sprm dulu kena padam?? 😂😂😂
2024-04-23 16:33:26
2
To see more videos from user @ihishamuddinhashim, please go to the Tikwm
homepage.