@kpdn.johor: TINDAKAN KES DIHASILKAN DI BAWAH AKTA KAWALAN BEKALAN 1961 Kluang, Johor, 27.04.2024 (Sabtu) : Berdasarkan pemeriksaan Penguatkuasa KPDN Johor Cawangan Kluang di Balai Polis IPD Kluang susulan aduan berkenaan penyelewengan diesel mendapati terdapat 2 buah M/Lori 3 tan jenama Bison dan jenama Mitsubishi bernombor pendaftaran tempatan yang mempunyai tangki tambahan mengandungi simpanan diesel di dalamnya masing-masing anggaran 1,000 liter tanpa kebenaran/lesen/permit sah di bawah kesalahan Akta Kawalan Bekalan 1961. Tindakan sitaan barang dan diesel telah dibuat dan satu salinan sitaan dan pemeriksaan telah ditandatangan. 2 OKT warganegara tempatan dilepaskan setelah rakaman percakapan diambil. #bangsajohor boleh menyalurkan sebarang aduan sekiranya mengesyaki terdapat sebarang aktiviti mencurigakan untuk membolehkan tindakan tegas dan segera diambil KPDN. Sebarang aduan pertanyaan boleh dibuat melalui :- https://linktr.ee/kpdn @Armizan Mohd Ali @Fuziah Salleh @kpdnlamanrasmi