@watakongsi.official: Blogger kontroversi Papagomo, atau Wan Muhammad Azri Wan Deris, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan menghasut dan mendatangkan kebencian terhadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim. Dia membuat pengakuan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali. Wan Muhammad Azri didakwa membuat penerbitan menghasut berkaitan dengan isu pemilik KK Supermart & Superstore Sdn Bhd yang mengadap Sultan Ibrahim di laman Twitter miliknya, pada 29 April di Bukit Bintang. Pertuduhan tersebut dibuat mengikut Perenggan 4(1)(c) Akta Hasutan 1948, yang boleh dihukum dengan denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. #beritawatakongsi #beritatiktok #trendingnewsmalaysia #fyp #papagomo #kkmart