@captain.haziq.roy: SUKHOI SU-30MKM - PESAWAT PEJUANG MRCA KELAS BERAT MILIK TUDM Pada tahun 2003 , Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pertahanan telah menandatangani kontrak dengan syarikat pertahanan Aeroangkasa Russia iaitu Irkut Corporation untuk memperoleh sebanyak 18 unit pesawat pejuang Su-30MKM. Nilai kontrak perolehan 18 unit Su-30MKM ini adalah berjumlah USD900 juta. Hindustan Aeronautics Limited atau HAL telah ditugaskan oleh Irkut Corporation untuk menghasilkan bahagian atau komponen penting untuk Su-30MKM seperti Canards , Stabilizer dan Fins. Sistem avioniks yang dipasang di dalam Su-30MKM pula menggunakkan sistem dari Perancis dan juga Afrika Selatan. Pembangunan Su-30MKM adalah berdasarkan dari Su-30MKI India tetapi dengan sistem avionics dan " fly by wire " yang berbeza. Seperti Su-30MKI milik India , Su-30MKM Malaysia juga dilengkapi dengan Sistem TVC atau Thrust Vectoring Control yang membolehkan Su-30MKM untuk melakukan pelbagai pergerakkan aerobatic dan yang paling terkenal iaitu The Cobra Stand. Kontrak pembelian 18 unit Su-30MKM juga termasuk dengan perjanjian antara Malaysia dan Russia untuk menghantar Angkasawan Pertama Malaysia ke ISS melalui roket Soyuz TMA-11 iaitu Dato' Dr Sheikh Muszaphar Shukor. 2 dari 18 unit Su-30MKM tiba di Pangkalan Udara Gong Kedak Kelantan , Malaysia pada bulan Jun 2007 melalui pesawat Antonov AN-124-100 Ruslan manakala pesawat Su-30MKM yang terakhir tiba di Malaysia pada Ogos 2009. Su-30MKM pada ketika itu dianggap sebagai pesawat pejuang paling " Modern & Berat " di Rantau Asia Tenggara. Su-30MKM akan terus berkhidmat dengan Tentera Udara Diraja Malaysia ( TUDM ) sehingga tahun 2030/2035 atau 2040 sebelum digantikan dengan pesawat pejuang lain. Pada ketika ini , Su-30MKM mempunyai masalah bekalan alat ganti serta sukar untuk diselenggara namun Kementerian Pertahanan Malaysia memberi jaminan bahawa masalah yang dihadapi oleh armada pesawat pejuang Su-30MKM akan diselesaikan dan diatasi. Su-30MKM juga telah melalui Program Lanjutan Hayat Perkhidmatan atau SLEP bagi membolehkan Su-30MKM untuk terus digunakan sehingga 10 atau 15 tahun lagi. Su-30MKM bermaksud MODERNIZIROVANNYI KOMMERCHESKIY MALAYZIYA. Sumber video : 1. FlyOne404 #RoyalMalaysianAirForce #TenteraUdaraDirajaMalaysia #RMAF #TUDM #AirForceNextGen #Sukhoi #Su30MKM #Irkut #No12Skuadron #NekadMempertahankanMalaysia #Malaysia🇲🇾 #Russia🇷🇺