@nadi.daily: PM Anwar dan Presiden Shavkat bersetuju untuk memperkukuhkan hubungan dua hala Malaysia-Uzbekistan khususnya dalam perdagangan, pelaburan dan pelbagai sektor. Mengetuai delegasi Malaysia ketika mengadakan kunjungan hormat dan mesyuarat dua hala dengan wakil Kerajaan Uzbekistan yang diketuai Presiden Shavkat Mirziyoyev. Delegasi Malaysia antaranya diwakili Menteri Luar Negeri; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri; Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya serta Menteri Agama. Dalam mesyuarat selama lebih satu jam, Presiden Shavkat antara lain menyatakan penghargaan terhadap ketegasan Malaysia memperjuangkan keadilan buat rakyat Palestin. Malaysia dan Uzbekistan berkongsi pendirian mahu melihat kewujudan sebuah negara Palestin yang bebas dan merdeka. Presiden Shavkat juga sambut baik usaha keras dan komitmen berterusan Kerajaan Malaysia melawan rasuah dan salah guna kuasa, selain menghargai nilai-nilai yang diangkat dalam gagasan MADANI. Saya dan Presiden Shavkat senada mahu memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-Uzbekistan, khususnya terkait perdagangan dan pelaburan, selain kerjasama dalam sektor pendidikan, tenaga, industri halal, pertanian, pengangkutan, teknologi digital, kesihatan, pelancongan, kebudayaan serta kewangan dan perbankan Islam. Uzbekistan antaranya menyatakan hasrat untuk menjalin kerjasama dengan Petronas dalam sektor hidrogen hijau dan petrokimia, selain latihan tenaga manusia dalam sektor minyak dan gas. Presiden Shavkat juga nyatakan cadangan mewujudkan zon perindustrian Uzbekistan-Malaysia, selain kami bersetuju untuk mempermudah dan mempercepatkan prosedur pelaburan antara kedua-dua negara. Kami turut bersetuju untuk mengangkat status Jawatankuasa Bersama untuk Perdagangan antara kedua-dua negara menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan. Selain itu, saya zahirkan penghargaan terhadap budaya dan ketamadunan Uzbekistan yang telah melahirkan ramai cendekiawan ulung seperti Imam Bukhari, Imam Tarmizi, Al Biruni, Naqshbandi, Ibnu Sina dan Ibnu Khwarizmi yang telah memberi sumbangan penting dalam dunia Islam. Saya turut menjemput Presiden Shavkat untuk datang ke Malaysia, khususnya bagi menyertai Forum Global Ekonomi dan Kewangan Islam di Kuala Lumpur pada 28 Mei depan. Saya amat menghargai perbincangan ini yang telah berlangsung dalam suasana persahabatan, dan ia ternyata telah memperkukuh hubungan erat kedua-dua negara. Kami berdua kemudian menandatangani kenyataan bersama yang menyentuh persetujuan dan komitmen yang dicapai dalam pertemuan ini. -@Anwar Ibrahim Sumber🎥: PMO #MalaysiaMADANI #anwaribrahim #pmx #malaysia #uzbekistan #malaysiatiktok #fyp
Nadi Daily
Region: MY
Saturday 18 May 2024 10:11:21 GMT
Music
Download
Comments
YB Neutral :
Songkok tak tinggai ow Anwar . Itu pun ada org berani kata Anwar ni tak bela Melayu . Segala identiti kemelayuan Anwar bawa ke serata dunia
2024-05-18 15:40:02
4
Aryana :
Alhamdulilah ...syukur dikurniakan DSAI dan kerajaan Madani yg terbaik utk Malaysia😍😍😍😍😍
2024-05-18 11:44:03
3
jiroh :
alhamdulillah
2024-05-18 11:25:02
3
KJ HSTAY :
DIDOAKN KESIHTAN TERBAIK UNTUK PMX KITA MANTAP TERBAIK SHARE 2 SEMUA TERBAIK
2024-05-19 00:39:27
2
RG SAM :
#PMX #DSZH #DSFY #MALAYSIAMADANI #PADU #BARISAN #HARAPAN #RAKYAT
2024-05-18 22:59:06
2
fir :
🇲🇾🇲🇾🇲🇾👍👍👍👌👌👌🇲🇾🇲🇾🇲🇾
2024-05-18 11:52:28
2
mohdhafiz3832 :
Alhamdulillah Terbaik PMX
2024-05-18 10:32:56
2
iskandar :
🥰🥰🥰🥰🥰🥰
2024-05-18 11:59:38
1
OneLong432 :
🥰
2024-06-03 11:25:21
0
Mujaddid :
🥰🥰🥰🥰
2024-05-20 09:58:23
0
Aizad77 :
Hubungan 2 hala yg erat boleh tingkatkan sosioekonomi negara lagi.
Insya-Allah
👍👍👍
2024-05-20 00:11:06
0
japeryzaniul :
😃😃😃
2024-05-18 10:37:23
0
To see more videos from user @nadi.daily, please go to the Tikwm
homepage.