@fadhlinasidek: Usai acara di Taman Puteri Gunung, Simpang Ampat, saya dan rakan-rakan bergerak pula ke Pangsapuri Mutiara Jaya, menziarahi dan meraikan beberapa keluarga yang baru menimang cahaya mata. Tahniah dan terima kasih ibu. Saya tahu benar akan jerit perih mengandungkan si anak selama sembilan bulan, diikuti dengan pergelutan dalam menghadapi saat kelahiran. Namun semuanya sirna sekelip mata saat mendengar suara tangis sang anak yang menghela nafas pemulanya di alam fana ini. Sempat juga beramah mesra dengan para penduduk di kejiranan ini. Tahniah, hari minggu pun masih giat menganjurkan pelbagai aktiviti masyarakat yang bermanfaat. Hari-hari ialah hari ibu! Selamat hari ibu! #FadhlinaSidek #NibongTebalSejahtera #Penang2030 #MalaysiaMADANI