@lokmanmikahazuma: SIAPAKAH MAK DARA? Dara binti Mohd Ali atau lebih dikenali sebagai Mak Dara (16 Februari 1907 – 16 Februari 1970) merupakan seorang pelakon dan penyanyi lagu Melayu yang masyhur pada 1940-an. Mak Dara telah mula menceburkan diri di dalam dunia hiburan, iaitu di pentas opera dan bangsawan dalam usia belasan tahun. Mak Dara juga adalah salah seorang penyanyi Melayu yang telah merekodkan suaranya di piring-piring hitam. Beliau pernah berlakon dalam tiga buah filem arahan P. Ramlee iaitu Penarek Becha (1955), Antara Dua Darjat (1960) dan Ibu Mertua-ku (1962). Beliau menjadi pelakon bangsawan sejak zaman remaja lagi. Selain daripada berlakon di pentas bangsawan, Mak Dara juga merupakan seorang penari joget dan penyanyi. Seperti pelakon-pelakon bangsawan yang lain, Mak Dara menjadi rebutan tauke-tauke kumpulan bangsawan seawal tahun 1920-an lagi. Antara kumpulan bangsawan yang pernah disertai oleh Mak Dara ialah City Opera, Maha Opera, Sri Noran Opera, Peninsular Opera dan banyak lagi. Semasa bergiat aktif bersama kumpulan-kumpulan bangsawan, beliau telah mengelilingi seluruh Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Brunei, dan sekitar kepulauan Borneo dan Sumatera. Nama Mak Dara ketika itu setanding dengan pelakon-pelakon bangsawan yang lain seperti Shariff Medan, Yem, Khairuddin, Udo Omar, Malek Sutan Muda, Puteh Lawak, Habsah dan Siti Tanjung Perak. Pada awal dekad 1940-an, Mak Dara telah berpeluang untuk berlakon di dalam filem. Filem PERTAMA lakonan Mak Dara berjudul Ibu Tiri (1941) terbitan Shaw Brothers di Singapura. Namun, aktiviti lakonan Mak Dara di layar perak dan pentas bangsawan terhenti semasa Perang Dunia Kedua. Selepas tamat peperangan, Mak Dara kembali bersama kumpulan bangsawan dengan membuat persembahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Pada tahun 1950-an, ramai tokoh-tokoh bangsawan telah beralih angin untuk menceburkan diri dalam dunia perfileman termasuklah Mak Dara. Di zaman itu hiburan bercorak filem lebih popular dan digemari masyarakat berbanding bermain wayang bangsawan. Mak Dara telah berlakon di dalam filem Berdosa (1951) arahan S. Ramanathan. Antara pelakon bangsawan yang turut diambil berlakon bersama Mak Dara di dalam filem itu ialah Yem, Daeng Idris, Siti Tanjong Perak dan A.R. Tompel. Selepas itu, Mak Dara berlakon di dala filem Norma (1951) yang diterbitkan oleh Nusantara Film. Filem yang diarahkan oleh Aman Ramli Jaafar (A.R. Tompel) ini turut dibintangi oleh Salmah Ismail (Saloma), Bahar Said, Salbiah Harun, S. Kadarisman dan Daeng Idris. Ketika P. Ramlee ingin menyelenggarakan filem Ibu Mertua-ku (1962), beliau mahu Mak Dara sendiri yang melakonkan watak Nyonya Mansur. Pada mulanya Mak Dara enggan menerima tawaran itu kerana dia enggan menyusahkan P. Ramlee dan khuatir tidak dapat membawa watak tersebut dengan baik. Namun sebagai pengarah, P. Ramlee tetap berkeras ingin mengambil Mak Dara berlakon di bawah arahannya. Oleh kerana melihat P. Ramlee bersungguh-sungguh mahukan khidmat lakonannya, Mak Dara bersetuju untuk menerima tawaran itu. Filem Ibu Mertua Ku adalah filem arahan P. Ramlee yang paling lama untuk disiapkan iaitu 6 bulan. Kehebatan lakonan Mak Dara amat teserlah dalam filem tersebut. Beliau telah menjadi salah satu watak cult di dalam sejarah perfileman Melayu. Apabila disebut saja nama Mak Dara atau NYONYA MANSUR, pasti ramai yang terbayangkan sikapnya yang kejam dan sanggup melakukan apa saja asalkan kemahuannya dipenuhi. MAK DARA adalah seorang pelakon bebas yang tidak terikat dengan mana-mana studio. Beliau turut berlakon untuk Studio Cathay-Keris Film (Singapura) dan Merdeka Film Studio (Kuala Lumpur). Filem terakhir lakonannya ialah Mat Toyol (1969) terbitan Cathay-Keris Film. Sumber Wikipedia. #seniman #seniwati #filemklasik #filemlama #makdara #nyonyamansur #ibumertuaku #foryoumalaysia #malayfilm #melayutiktok #bruneitiktok #singaporetiktok #jalanampassingapore #pelakonlama #penandaaras #benchmark

Lamqofmimnun
Lamqofmimnun
Open In TikTok:
Region: MY
Sunday 19 May 2024 07:35:26 GMT
54390
1103
95
208

Music

Download

Comments

soffishafi
user3352465599226soffisafi 123 :
🥰🥰follow
2024-08-07 14:58:17
1
shienajani_1
sheinajani :
singgah king ..Salam ptg ...
2024-05-19 08:48:25
2
tok.seni
Tok Seni :
walaupn x thu mmbca...tp hidup lakonannya..alfatihah
2024-05-28 06:17:13
3
cikrose_nee
cikrose_nee :
Mak Dara lakonan dia mmg real 🥰🥰
2024-05-21 11:30:28
4
otamblurrrr
OtamBlurr :
suke watak dia dlm cite Seri Mersing
2024-05-22 18:59:30
1
julie47004
juliemat :
selamat pgi😅👍
2024-05-21 23:35:57
1
norazian476
norazian476 :
terbaik Mak Dara🤗👍
2024-05-20 12:16:07
1
zuckerbird
zuckerbird :
mak dara tak boleh membaca, dia berlakon bedasarkan screenplay yg diajarkan 😅
2024-05-25 13:41:54
1
benali401
THE SHOPPES @ FIE MART :
Watak dia dalam film Sri Mersing hebat ❤️
2024-05-23 04:30:53
1
makndakbeny
makndak beny :
nasib mertua tk Gini😂😂
2024-05-21 14:33:05
1
sangarjuna7755
JIMMY JIMMY 🕺🕺🕺🇲🇾🇲🇾🇲🇾 :
Slm mlm.Mantap.lakonan alahyarhamah Mak Dara.👍👍👍🥰🥰🤞🤞🤞
2024-05-19 12:51:28
1
rikirikiriki399
rkiriki58 :
kelass lah..👌🤩🥰🥰
2024-06-03 07:25:34
0
nrhmham
ham :
Mak dara🥰🥰🥰
2024-05-27 14:41:57
0
liannaazeera
Ardenna :
Al fatihah
2024-05-24 13:18:48
0
znishah99
Z_Shah :
semoga rohnya dicucuri rahmat sentiasa..Aamiin🤲
2024-05-21 07:20:01
0
tajuddinismail67
TajuddinIsmail67🐯ToK🐯 :
selamat pagi dan bahagia selalu sahabat ✌️👍😁🥰🤗
2024-05-19 23:11:08
0
hasminabdul
Hasmin.Kuih.Tradisi :
suka lakonan mak dara..bersahaja... alfatihah....utk beliau...
2024-05-21 00:21:34
4
wyusque
SaQUEttarius_17197786💕❤️ :
ni confirm org melaka🤭
2024-05-21 15:44:11
1
ice.aishah
ice.aishah :
😂😂😂
2024-06-09 01:30:59
1
fie_dd
Fie_DD :
🤣🤣🤣
2024-06-03 12:18:55
1
nusaybahsaiedah
🍉NāāNāā Joë🍉 :
🤭🤭🤭🤭
2024-05-19 10:25:51
1
ratu.johor
Ratu Johor :
💘💘💘💘💘
2024-05-19 10:16:55
1
jefferyosman1
JEFFERY OSMAN :
😂👍
2024-05-21 12:59:06
1
murali2808
user3314860239464 :
👍👍👍
2024-07-26 05:49:01
0
To see more videos from user @lokmanmikahazuma, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About