@beritaalhijrah114: Tiada mangsa selamat ditemukan di lokasi helikopter terhempas di barat laut Iran yang membawa Presiden Iran Ebrahim Raisi. "Tiada kesan mangsa terselamat dilihat selepas penemuan lokasi helikopter yang terhempas," kata Presiden Persatuan Bulan Sabit Merah Pir-Hossein Kolivand. Helikopter Raisi terhempas pada petang Ahad di kawasan Varzaqan ketika beliau dalam penerbangan pulang bersama Menteri Luar Hossein Amirabdollahian dan beberapa individu lain daripada upacara perasmian empangan di sempadan Iran dan Azerbaijan.