@ameydeen_: Anak ini bersama ibu , ayah & adik.. Saya dapat lihat betapa gembira hati seorang ibu & ayah melihat kejayaan anak mereka. Tahniah Ayah & Ibu mendidik seorang anak yang baik... Saya mengenali anak ini sebagai seorang yang sangat konsisten dengan solat berjemaah tambahan lagi solat subuh berjemaah.. Apabila anak ini mula reda tangisannya... saya mula menghampirinya untuk membuat sedikit rakaman perkongsian kejayaan yg diperoleh. Di awal perkongsian, beliau mengucapkan syukur kehadrat Allah SWT dengan kejayaan ini dan terima kasih yang tidak terhingga buat guru2 yang mendidik.. Air mata saya mula berkaca apabila beliau mengungkapkan.. "Saya tak boleh buat macam kawan2 saya buat selama ini cikgu ..". "Kalau study lewat malam.. pasti saya tidor awal..."Saya tahu ketinggalan berbanding kawan2 saya dan saya tahu kelemahan saya cikgu...tapi cikgu, saya ada satu rahsia utama nak kongsikan..." Tiba2 air mata anak ini laju turun dengan kata2 beliau mula tersekat2 untuk berkongsi ... Saya hanya bersedia untuk mendengar apa yg akan keluar dari mulut anak ini..."masa dalam dewan peperiksaan hari tue.. saya menangis tak henti2 sbb tak boleh buat subjek PAI..sampaikan petugas peperiksaan bagi tisu kepada saya...." "soalan susah sangat.. tak pernah bincang soalan itu..begitu juga subjek matematik tambahan... ". Saya tak pernah dapat semua A sebelum ini..."." Tapi Allah tolong saya bagi straight A hari ini..". Anak ini masih ulang perkara sama.. "Saya tak boleh study macam orang lain namun saya jaga hubungan dengan ibadah .." Saya jaga solat tahajud . Pada awalnya saya mula 2 rakaat dan seterusnya lama kelamaan saya buat 4 rakaat. Ada hari kalau tak boleh buat empat rakaat pun saya buat dua rakaat.." "Saya akan istiqamah bangun diantara pukul 4.00 pg hingga 5.30 pg untuk solat tahajud sejak akhir peperiksaan IGCSE di tingkatan 4 lagi. " Saya akan rasa bersalah jika tak dapat bangun...". "Setiap pagi saya akan pastikan saya doakan untuk guru2 saya, kawan2 saya, mak ayah saya dan juga kejayaan saya dalam SPM.." Subanaallah.. Maha suci Allah yang memberikan kejayaan kepada hambanya yg taat... 😭😭 Moga anakanda diberi kemudahan dalam mencapai cita2 suatu hari nanti...🤲🤲 SUMBER FB : Muhammad Ghazali #spm #keputusanspm #fyp #resultspm #kejayaan #fypage #sujudsyukur #terimakasihallah