@syazanamansor: Daging korban itu wajib untuk disedekahkan kepada golongan fakir dan miskin dalam kalangan orang Islam berdasarkan firman Allah SWT: فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ Maksudnya: Dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin. (Surah al-Hajj: 28) Oleh itu, daging korban tersebut boleh dibahagikan kepada beberapa cara, antaranya: ➡️Disunatkan untuk orang yang melakukan korban untuk mengambil 1/3 daripada daging korban tersebut untuk diri sendiri dan menyedekahkan 2/3 daripada bakinya kepada golongan fakir miskin. ➡️Atau, orang yang melakukan korban mengambil 1/3 daripada daging korban, dan mengagihkan 1/3 baki daripadanya kepada golongan fakir miskin, serta 1/3 lagi daripadanya diberikan sebagai hadiah kepada golongan kaya (seperti saudara-mara atau jiran-tetangga). Dalam hal ini, memberi sedekah kepada 2/3 kepada golongan miskin lebih afdhal daripada memberi hadiah kepada golongan kaya. ➡️Namun cara yang afdhal ialah, seseorang yang melakukan korban tersebut menyedekahkan keseluruhan daripada daging korban dan memakan sedikit sahaja daripadanya sebagai sekadar mengambil berkat. Semoga Allah SWT memberikan kita taufiq dan hidayah dalam mengamalkan syariat agamaNya dengan sebaiknya. Amin. WaAllahu a’lam. #zulhijjah #bulanzulhijjah #bulanistimewa #10awalzulhijjah #hukumkorban #ibadahkorban #harirayaaidiladha #korban #korbanaidiladha #korbanlembu #carakorban #niatkorban

AnaMuslimah.Co
AnaMuslimah.Co
Open In TikTok:
Region: MY
Wednesday 19 June 2024 12:44:20 GMT
531
61
0
10

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @syazanamansor, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About