@damianajunpakartilam: Tip nak bantu baby mudah kencing dan berak semasa di hospital lepas bersalin.. Masa akak bersalin ank no 4, anak akk kluar jam 9:50 malam. Esk pagi die berak, tapi tak kencing.. Akak tunggu punye tunggu, sampai jam 2 ptg masih x kencing lagi.. Jadi doktor kate, ibunya kalau ikutkan memg dah boleh balik, tapi baby masih belum boleh balik.. Sebab belum kencing.. So apa akak buat? 1. Akak gosok bahagian peha baby dengan lembut sambil akak gerakkan kaki die seolah olah baby tengah nak kayuh basikal.. Akak jugak gosok lembut lembut di bahagian perut.. 2. Kemudian akak bukak pampers die, akak titiskan air dekat bahagian v dan kemudiannya akak lap lap kwasan skitar die.. akak buat skali je.. Tak lama lepas tu baby kencing.. 3. Bila baby dh kencing, doktor dah cek smue terus boleh balik😊