@nurulhidayahhamid: Pastikan proses pernikahan ikut undang-undang ALOR SETAR - Kerajaan mengadakan perbincangan dengan agensi agama berkaitan di Wilayah Selatan Thailand bagi memastikan proses pernikahan rakyat Malaysia dilakukan mengikut lunas undang-undang. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, setakat ini pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan pejabat agama di lima wilayah Selatan Thailand. "Di peringkat kementerian hal ehwal agama, kita ada perbincangan dengan Majlis Agama Islam di lima wilayah Selatan Thailand. "Kita ingin memastikan bahawa proses (perkahwinan) dan juga segala apa yang dilaksanakan itu mengikut undang-undang supaya kelak tidak ada permasalahan di masa depan," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Pelancaran Fasa 2 Projek Tuisyen Rakyat Anak Kedah (PINTAR) Koperasi Anak Kedah Berhad di sini, pada Jumaat. #beritaterkini #isu #pernikahan #wilayah #selatanthailand

Nurul Hidayah Hamid
Nurul Hidayah Hamid
Open In TikTok:
Region: MY
Friday 28 June 2024 08:24:51 GMT
577
6
0
0

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @nurulhidayahhamid, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About