@mfarizismail: 18.6.24 | Taman Tasik Taiping Taman Tasik Taiping yang memiliki keluasan 64 hektar bersamaan 160 ekar, sering menjadi tumpuan utama bagi mereka yang berhasrat untuk berkunjung ke Taiping, Perak. Mula beroperasi dan dibuka kepada orang awam sejak 1880, Taman Tasik Taiping turut menempatkan Bukit Larut dan Zoo Taiping. Kaya dengan flora dan fauna, terdapat 10 buah tasik dan kolam indah di kawasan taman tasik ini. Taman Tasik Taiping juga diiktiraf sebagai Tapak Warisan Kebangsaan oleh Jabatan Warisan Negara berdasarkan Akta 645 @ Akta Warisan Kebangsaan. #tamantasiktaiping #taiping #dronevideos